Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»HLYM Lancar Skuter Yamaha EGO Gear, RM5.4k Sahaja!
Roda2

HLYM Lancar Skuter Yamaha EGO Gear, RM5.4k Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) malam tadi melancarkan skuter terbaharu, Yamaha EGO Gear (2022) pada harga jualan RM5,419 (atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran).

Model berkenaan ialah skuter Yamaha paling kecil untuk pasaran Malaysia yang dijangka pertengahan bulan ini. Berikut  perincian EGO Gear (2022):

BACA >>> Yamaha MT-09 (2022) Lancar di Malaysia dengan Ciri Terkini, Harga RM54.9k

  • Ada tiga warna pilihan: biru, perak dan merah.
  • Trenkuasa jenis 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC BlueCore dengan teknologi suntikan bahan api, Smart Motor Generator (SMG) berkuasa 9.4hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm yang dipadankan transmisi automatik.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

  • Lampu depan LED diposisikan pada fairing dada, manakala lampu signal belok ditempatkan pada sisi. Lampu signal belok belakang dipisahkan daripada lampu brek. Juga dilengkapi ciri lampu kecemasan.
  • Peg kaki pembonceng mesra kanak-kanak, diposisikan lebih tinggi.

BACA >>> Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira

  • Panel meter jenis analog memaparkan maklumat seperti spidometer, bar petrol, jarak tunggangan dan beberapa indikator amaran sebelah kiri dan kanan. Ada soket USB untuk mengecas peranti pintar.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

  • Berat skuter 95kg, kapasiti tangki minyak 4.2 liter, tinggi pelana 750mm dan jarak lega bumi 135mm.
  • Saiz tayar depan 70/90, dan 90/80 di belakang, manakala diameter rim 14 inci.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek jenis cakera tunggal di depan dan dram di belakang.
  • Setiap pembelian diberikan waranti dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

HLYM Hong Leng Yamaha Motor roda2 Skuter 125cc Yamaha EGO Gear (2021)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Maisara on 13/11/2021 16:47

      Memang terkejut betul, takda angin apa tiba-tiba terus introduce skuter baru. Selalunya at least ada la teaser..

      Reply
    2. zara on 16/11/2021 21:56

      org dh booking solariz start bln 3 haritu sampai hari ni dah masuk 9 bln masih tak dapat. tiba tiba kedai cakap dah tak keluar solariz dan akan diganti dengan ego gear. nombor plate pun dah siap booking sama tarikh dengan booking moto. sepatutnya pihak yg berkenaan harus menyiapkan tempahan sebelum pengumuman keluaran motosikal baru. perkara ini boleh diambil tindakan. dah la keluaran gantian itu tidak menambat hati. sunggu tidak berkenan😩.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.