• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / HJC Perkenal Helmet i20 Jet Baharu Gaya Klasik Moden, Harga Mula RM960

HJC Perkenal Helmet i20 Jet Baharu Gaya Klasik Moden, Harga Mula RM960

October 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HElMET jenis Jet memang popular dalam kalangan komuniti penunggang skuter dan mereka yang mendiami kawasan bandar. kerana mudah dipakai dan ditanggalkan dengan cepat.

Bagaimanapun, helmet tiga suku biasanya tidak menawarkan tahap perlindungan menyeluruh pada bahagian depan. Namun, masih lebih baik berbanding helmet separa ('steng') atau kura-kura.

BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia
BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!


Pengeluar helmet terkemuka dunia, HJC baru-baru ini melancarkan produk terbaharu jenis Jet, iaitu i20 yang tampil dalam gaya klasik dengan sentuhan moden dan gaya sport.

Pengeluar dari Korea itu menggelarkan i20 Jet sebagai helmet Jet Streetfighter, mungkin disebabkan bahagian pelindung dagu jenis boleh tanggal dan berfungsi sebagai difuser angin.

HJC menjelaskan, bahagian boleh tanggal itu tidak menawarkan sebarang perlindungan, dan cuma untuk gaya dan berfungsi mengetepikan angin.

BACA >>> Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen

Helmet HJC i20 Jet menggunakan cengkerang polikarbonat dan bahagian dalaman daripada fabrik Supercool boleh tanggal  untuk dicuci.

Helmet itu juga sesuai untuk mereka bercermin mata atau penunggang berkaca mata hitam, termasuk dilengkapi visor jenis smoke boleh buka dengan ditolak ke atas.

Aliran udara boleh masuk ke ruang dalaman helmet menerusi ventilator masuk udara dari depan dan panel pelindung dagu. Kancing helmet pula daripada jenis mikrometrik supaya mudah dipakai dan ditanggalkan.

i20 Jet juga menepati standard pensijilan keselamatan ECE 22.06, dan penunggang boleh memasangkan sistem komunikasi pinta Smart Intercom HJC atau jenama lain seperti SENA dan Cardo. Ada beberapa pilihan warna kusam atau berkilat dalam saiz paling kecil XS hingga 2XL.

Harga helmet ialah €199.90 hingga €209.90 (RM960-RM1,010). Berminat?

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Helmet Bantu Zarco Capai 362kmj?

BACA >>> Eropah Mahu Hadkan Kelajuan Motosikal, Penggera Berbunyi Jika Bawa Laju Sangat
BACA >>> Honda CBR650R Jadi Motosikal Kamen Rider Baharu
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

SUMBER: HJC | RideApart

Artikel Berkaitan

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: helmet, hjc, HJC i20 Jet, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!
    Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!
  • Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
    Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
  • Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
    Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
  • Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
    Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my