Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hilang Yamaha 135LC, Lesap Pula Duit Ditipu Scammer
Auto Terkini

Hilang Yamaha 135LC, Lesap Pula Duit Ditipu Scammer

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib dialami seorang pekerja syarikat kurier apabila menjadi mangsa penipu (scammer) selepas motosikalnya, jenis Yamaha 135LC hilang.

Azhar Yaakop, 31, membuat laporan di Balai Polis Merlimau mengenai kehilangan motosikalnya di depan rumah ketika hendak keluar solat Maghrib pada 26 Disember lalu.

BACA >>> Penunggang Kurier Seperti GrabFood di Filipina Wajib Daftar Kotak Simpan Barang
BACA >>> Digit – Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja

Motosikal itu digunakan sebagai pengangkutan berulang-alik ke tempat kerja di Tampin, Negeri Sembilan, termasuk menjual makanan ringan sekitar Merlimau selepas habis waktu kerja untuk mencari pendapatan sampingan.

Dia turut menularkan kes kehilangan itu di Facebook sebagai usaha mencari kembali motosikalnya dengan bantuan orang ramai.

Malangnya, ada pula individu tidak berhati perut melihat situasi itu sebagai peluang buat ‘duit mudah’ dengan menipu mangsa. Penipu tersebut mendakwa membayar sejumlah wang untuk menahan pencuri motosikal tersebut dan meminta mangsa membayar RM250.

Disebabkan percaya dan terlalu mahukan motosikal dicuri itu, dia memasukkan wang diminta ke dalam satu akaun. Menurut Azhar;

Individu itu beritahu motosikal saya sudah ditemui dan dijual pada harga RM1,500. Dia juga maklumkan sudah buat bayaran RM1,250 untuk membantu saya dan meminta wang tambahan RM250.

“Saya sangat teruja ketika itu dan terus memasukkan wang seperti diminta, tetapi hingga sekarang dia tidak dapat dihubungi. Dalam kesusahan saya, ada juga yang mengambil kesempatan. Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Merlimau.”

Azhar juga bernazar memberikan sedekah sejumlah makanan ringan dan 100 batang aiskrim kepada kanak-kanak jika motosikal itu ditemui dengan selamat.

Motosikal itu membantu saya menambahkan pendapatan kerana keluarga semakin besar selepas isteri selamat melahirkan anak kembar tiga bulan lalu.

“Saya merayu jika ada yang mempunyai maklumat mengenai motosikal nombor plat MDC 4281 dapat menghubungi saya atau balai polis berdekatan,” katanya.

BACA >>> Scammer Jual Ativa, Perodua Minta Pelanggan Waspada
BACA >>> Hati-Hati dengan Ejen Scammer Jual Kereta Baharu dan Terpakai Perodua
BACA >>> YouTuber Mat Saleh Ini Beli Supercar Elektrik dari China, Tetapi Apa yang Dia Dapat….

SUMBER: FBAzhar | Sinar Harian

Azhar Yaakop Balai Polis Merlimau MDC 4281 Motosikal Hilang Scammer Yamaha 135LC
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.