• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Kurier Seperti GrabFood di Filipina Wajib Daftar Kotak Simpan Barang

Penunggang Kurier Seperti GrabFood di Filipina Wajib Daftar Kotak Simpan Barang

August 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLU atau tidak penunggang atau rider kurier barang dan makanan seperti GrabFood, Lalamove dan seumpamanya  diwajibkan mendaftarkan kotak simpan barang (top box) jenis fabrik atau plastik yang digunakan mereka?

Ini bukan isu di Malaysia, tetapi di Filipina, penunggang di sana perlu mendaftarkan kotak simpan barang yang digunakan mereka kepada pihak Kementerian Pengangkutan dengan bayaran  100 peso (RM8.60). Jika gagal melakukannya boleh didenda 5,000 peso (RM431)!

Portal Filipina, MotoPinas melaporkan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) meminta pekerja kurier bermotosikal mendaftarkan kotak barang dengan jabatan itu. Pendekatan itu selari dengan memo regulasi dikeluarkan LTO Filipina bertarikh 15 Mac 2016.

Antara perkara diwartakan memo itu adalah Garis Panduan Mengenai Pemeriksaan dan Tangkapan Berhubung Kotak Barang Atas (Top Box) dan Beg Sisi (Saddlebags).

Berdasarkan memo itu, LTO dengan jelas menyatakan 'ruang simpan barang top box yang dipasangkan pada pelana belakang motosikal atau skuter sebagai aksesori motosikal'.

BACA >>> Ini Mungkin Penunggang GrabFood Paling Laju di Malaysia, Hantar Makanan Naik Ducati

BEG GALAS ATAU KOTAK SIMPAN BARANG?

Persoalannya, adakah kotak simpan barang itu boleh dikategorikan sebagai beg galas berbentuk segi empat? Ini dibangkitkan seorang pembaca yang mendakwa itu cuma beg yang tidak tertakluk kepada peraturan tersebut.

Apabila persoalan itu diajukan MotoPinas kepada Pengarah Eksekutif LTO, Romeo Vera Cruz, beliau  menjelaskan kotak simpan barang jenis lembut (soft box) juga termasuk dan tertakluk dalam regulasi sama, iaitu aksesori motosikal yang perlu didaftarkan.

Merujuk memo berkenaan, kotak simpan barang kustom yang tidak didaftarkan tertakluk kepada penangkapan dengan penalti 5,000 peso mengikut arahan pentabiran bersama Jabatan Pengangkutan (DOTr) 2014-01 Seksyen II-D.

BACA >>> Motosola Hasilkan Produk Kanopi Solar untuk Cas Bateri Motosikal Elektrik

SYARAT KOTAK SIMPAN BARANG

Memo sama juga menyatakan apa saja kotak simpan barang jenis top box yang direka khas untuk motosikal dan skuter yang sudah mendapat kelulusan Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) tidak perlu menjalani pemeriksaan dan pendaftaran serta tidak boleh ditahan.

Cuma, kotak simpan barang itu perlu dipasang baik pada motosikal dan mempunyai kapasiti maksimum untuk simpanan dua helmet muka penuh. Jika mana-mana top box tidak menepati syarat di atas, maka perlu didaftar dengan LTO. Ini termasuk kotak simpan barang jenis keras (hard box) kustom yang banyak digunakan penunggang kurier makanan segera dan soft box seperti penunggang kurier makanan seperto GrabFood.

Setiap kotak simpan barang perlu berukuran panjang 2 kaki (24 inci), lebar 2 kaki dan tinggi 2 kaki, dan diikat baik pada motosikal. Kotak simpang barang itu juga tidak boleh menghalang pandangan cermin sisi motosikal.

SUMBER: MotoPinas | MotoPinas 1

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GrabFood, GrabFood Filipina, Kotak Simpan Barang, Rider GrabFood, Soft Box, Top Box

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my