• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hati-Hati dengan Ejen Scammer Jual Kereta Baharu dan Terpakai Perodua

Hati-Hati dengan Ejen Scammer Jual Kereta Baharu dan Terpakai Perodua

March 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN penahanan seorang lelaki berhubung kes penipuan pembelian kereta Perodua beberapa hari lalu, Perodua Sales Sdn Bhd menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan kes sama seperti itu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen Perodua yang menjual model jenama itu di sebuah laman web jual-beli popular tempatan.

BACA >>> #Videotomotif: Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, modus operandi itu, yang melibatkan jualan kereta baharu dan terpakai Perodua atas talian, menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.

“Justeru, Perodua dan pihak terbabit membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan kami menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada bagi mengelakkan diri menjadi mangsa,” katanya.

DAPATKAN RESIT ASAL BAYARAN

Perodua turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembayaran kepada mana-mana akaun individu kerana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pengeluar nasional itu adalah membuat pembayaran terus kepada Perodua Sales Sdn Bhd atau wakil pengedar sah.

Dr Zahari juga meminta semua pelanggan mendapatkan resit asal ketika membuat pembayaran. Selain itu, pengguna perlu sedia maklum bahawa kereta terpakai yang diperakui Perodua hanya boleh dibeli di cawangan Perodua Kuala Lumpur dekat Jalan Pahang.

 

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta terpakai, kes penipuan Perodua, Perodua, POV, Pra Milik Perodua, Scammer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev