Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?
Autotainment

Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

Abang HirataBy Abang Hirata17/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON X70 yang dilancarkan beberapa hari lalu mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia. Ada yang suka dan ada sebaliknya, tetapi ramai mengakui model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton itu memang canggih.

Mereka yang sedang mencari SUV untuk dibeli biasanya sudah ada senarai pendek model dihajati. Dalam analisis itu, dapat dilihat jelas X70 mempunyai kelebihan ketara. Ia bukan harga semata-mata, tetapi pakej menyeluruh ditawarkan.

BACA >>> 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70

Selain fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang biasa dilengkapi pada kereta buatan Eropah dan premium, sistem arahan suara X70 juga disebut ramai. Bukan saja pengguna biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri berulang kali meluahkan rasa kagumnya sambil sempat berseloroh tentang teknologi ini ketika berucap pada majlis pelancaran lalu.

Beliau memanggil X70 sebagai ‘the talking car’ atau kereta yang mampu bercakap.

KERETA YANG BERCAKAP

Memang benar, X70 mampu bercakap atau menjawab pertanyaan pemandu. Teknologi arahan suara, atau istilah asal, voice-user interface biasanya dilengkapi pada model berjenama premium. Jika jenama premium, bunyinya seperti  aras tinggi, tetap faktanya teknologi arahan suara sudah biasa kita bawa ke sana dan ke mari dalam kocek kita. Apa dimaksudkan itu ialah fungsi ‘Siri’ pada telefon pintar iPhone atau Google Assistant.

BACA >>> Pendedahan Kedua: ADAS – Lengkapkan Proton X70 dengan Ciri Keselamatan Termaju

Proton sebagai jenama massa sudah melangkah ke satu tahap lebih tinggi apabila menawarkan fungsi arahan suara pada X70. Menariknya, semua varian dilengkapi fungsi tersebut dengan tambahan arahan suara tingkap dan bumbung panoramik untuk varian 2WD Premium.

Bagaimanakah cara mengaktifkan fungsi arahan suara? Di bawah kami senaraikan cara-cara itu:

1. AKTIFKAN ARAHAN SUARA

Ada tiga cara iaitu:

  • Ucapkan ‘Hi Proton’
  • Atau tekan ikon mikrofon pada skrin
  • Atau tekan butang ‘mode’ pada stereng selama lebih 2 saat
2. KAWALAN KENDERAAN

Fungsi ini digunakan untuk melakukan tiga arahan: bumbung panoramik dan tingkap kuasa (2WD Premium sahaja), dan penyaman udara.

Arahan suara untuk bumbung panoramik:

  • Sunroof open/close

Jika mahu buka atau tutup tingkap kuasa, sebutkan:

  • Windows up/down

Jika mahu naik atau turunkan suhu penyaman udara, sebutkan:

  • I’m hot/cold
  • Set temperature to 24ºC
3. NAVIGASI

Jika malas menaip destinasi, atau tidak mahu pemanduan terganggu dengan pelbagai butang navigasi, terus saja sebut destinasi, contohnya:

  • Bring me home
  • Bring me to KLCC Mosque
  • I’m hungry (kemudian sistem akan memaparkan contoh restoran mengikut nombor, sebutkan pilihan berdasarkan nombor)
4. HIBURAN

Terbahagi kepada dua bahagian, radio dan muzik:

Radio – sebutkan:

  • Tuner on/off
  • Volume up/down
  • Next/previous station

Muzik – sebutkan:

  • Play music/exit music
  • Play Raihan (penyanyi atau lagu spesifik)
  • Volume up/down
  • Next/previous song

Proton turut mengubah suai sistem pengecaman suara berdasarkan Bahasa Inggeris slanga tempatan. Jadi usah risau dan tidak perlu bercakap ala mat saleh. Sistem ini juga mampu mengenal pasti broken English asalkan jelas kata kunci yang diucapkan.

Skrip dalam video di atas ialah antara contoh disediakan Proton, anda sebenarnya boleh bereksperimen atau bermain dengan pelbagai arahan suara. Cubalah, cuma nak bercakap dialek Pilah atau Kelate belum lagi.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

Menarik bukan? Hebat Proton!

ADAS Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton Proton GKUI Proton X70 Roda4 Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) SUV Tun Dr. Mahathir Mohamad Voice Command
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.