Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Lancar Dua Sportster Baharu – Forty-Eight Special dan Iron 1200
Roda2

Harley-Davidson Lancar Dua Sportster Baharu – Forty-Eight Special dan Iron 1200

AryonBy Aryon24/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARLEY-DAVIDSON menambah sportster baharu tahun ini: Forty-Eight Special dan Iron 1200 sebagai sebahagian daripada rancangan pengeluar itu untuk mengeluarkan 100 model baharu menjelang 2027. Kedua-dua model dibangunkan atas platform sama, 1200cc Sportster.

Sportster menawarkan kombinasi sempurna dari segi saiz, kuasa dan karakter yang mampu memenuhi kehendak pelbagai penunggang. Rekabentuk Forty-Eight Special dan Iron 1200 dihasilkan berasaskan apa yang biasa dilakukan pemilik Sportster Harley-Davidson generasi demi generasi.

Menurut Harley-Davidson, warna dan rekaan garang era 1970-an menjadi ilham utama. Seni pada tangki minyak dua model itu menyerlahkan imej kontemporari yang dapat dilihat pada motosikal kustom masa kini. Tiada lagi seni rekaan yang rumit dan menyerabutkan, segalanya serba ringkas dan bersih.

Grafik pada tangki minyak direka dengan mengambil kira bentuk komponen berkenaan yang tampil dalam bentuk klasik tersendiri.

IRON 1200

Iron 883 yang lebih kecil sudah ada dalam barisan Sportster sejak beberapa tahun. Jadi, tambahan Iron 1200 dilihat tepat pada masanya dengan diberikan lebih daya tork (sebanyak 36 peratus), iaitu 98Nm berbanding 72.9Nm pada 883, terima kasih kepada enjin 1202cc V-twin.

Dari segi gaya, selain bar hendal ‘Mini Ape’ yang naik 8.75 inci, ada kowl hitam sekitar lampu utama dan pelana tunggal ‘Cafe Solo’. Iron 1200 ditawarkan dalam versi hitam, merah dan putih yang semua didatangkan dengan grafik Harley gaya 70-an pada tangki. Enjin diberikan kemasan hitam, begitu juga ekzos dan rim 9 jejari bersaiz 19-inci di depan dan 16-inci, belakang.

FORTY-EIGHT SPECIAL

Forty-Eight Special pula mendapat tangki minyak kacang kecil (8.3 liter berbanding 12.5 liter pada Iron 1200). Tayar depan seksyen-130 juga lebih lebar yang dipasang pada fork 49mm. Bar hendal direka lebih tinggi, dipanggil ‘Tallboy’ berbanding ‘Mini Ape’, bertambah 7.25 inci.

Bar ‘Tallboy’ dipilih kerana bentuk tunggangan yang lebih relaks. Tiga skema warna ditawarkan: hitam, merah dan putih, sama seperti Iron 1200, cuma Forty-Eight Special ada lebih banyak kemasan krom dengan ekzos dan enjin berkilat. Rim yang juga 9-jejari dibalut tayar 16-inci di depan dan belakang.

Iron 1200 berharga £9,395 (RM51,420), cuma £500 (RM2,736) lebih mahal berbanding Iron 883, manakala Forty-Eight Special dijual pada harga £9,995 (RM54,704), sama seperti Forty-Eight normal.

SUMBER: Visor Down

Harley-Davidson Harley-Davidson Forty-Eight Special Harley-Davidson Iron 1200 roda2 Sportster
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.