• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harley-Davidson Lancar Dua Sportster Baharu – Forty-Eight Special dan Iron 1200

Harley-Davidson Lancar Dua Sportster Baharu - Forty-Eight Special dan Iron 1200

February 24, 2018 By Aryon Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-DAVIDSON menambah sportster baharu tahun ini: Forty-Eight Special dan Iron 1200 sebagai sebahagian daripada rancangan pengeluar itu untuk mengeluarkan 100 model baharu menjelang 2027. Kedua-dua model dibangunkan atas platform sama, 1200cc Sportster.

Sportster menawarkan kombinasi sempurna dari segi saiz, kuasa dan karakter yang mampu memenuhi kehendak pelbagai penunggang. Rekabentuk Forty-Eight Special dan Iron 1200 dihasilkan berasaskan apa yang biasa dilakukan pemilik Sportster Harley-Davidson generasi demi generasi.

Menurut Harley-Davidson, warna dan rekaan garang era 1970-an menjadi ilham utama. Seni pada tangki minyak dua model itu menyerlahkan imej kontemporari yang dapat dilihat pada motosikal kustom masa kini. Tiada lagi seni rekaan yang rumit dan menyerabutkan, segalanya serba ringkas dan bersih.

Grafik pada tangki minyak direka dengan mengambil kira bentuk komponen berkenaan yang tampil dalam bentuk klasik tersendiri.

IRON 1200

Iron 883 yang lebih kecil sudah ada dalam barisan Sportster sejak beberapa tahun. Jadi, tambahan Iron 1200 dilihat tepat pada masanya dengan diberikan lebih daya tork (sebanyak 36 peratus), iaitu 98Nm berbanding 72.9Nm pada 883, terima kasih kepada enjin 1202cc V-twin.

Dari segi gaya, selain bar hendal 'Mini Ape' yang naik 8.75 inci, ada kowl hitam sekitar lampu utama dan pelana tunggal 'Cafe Solo'. Iron 1200 ditawarkan dalam versi hitam, merah dan putih yang semua didatangkan dengan grafik Harley gaya 70-an pada tangki. Enjin diberikan kemasan hitam, begitu juga ekzos dan rim 9 jejari bersaiz 19-inci di depan dan 16-inci, belakang.

FORTY-EIGHT SPECIAL

Forty-Eight Special pula mendapat tangki minyak kacang kecil (8.3 liter berbanding 12.5 liter pada Iron 1200). Tayar depan seksyen-130 juga lebih lebar yang dipasang pada fork 49mm. Bar hendal direka lebih tinggi, dipanggil 'Tallboy' berbanding 'Mini Ape', bertambah 7.25 inci.

Bar 'Tallboy' dipilih kerana bentuk tunggangan yang lebih relaks. Tiga skema warna ditawarkan: hitam, merah dan putih, sama seperti Iron 1200, cuma Forty-Eight Special ada lebih banyak kemasan krom dengan ekzos dan enjin berkilat. Rim yang juga 9-jejari dibalut tayar 16-inci di depan dan belakang.

Iron 1200 berharga £9,395 (RM51,420), cuma £500 (RM2,736) lebih mahal berbanding Iron 883, manakala Forty-Eight Special dijual pada harga £9,995 (RM54,704), sama seperti Forty-Eight normal.

SUMBER: Visor Down

Artikel Berkaitan

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harley-Davidson, Harley-Davidson Forty-Eight Special, Harley-Davidson Iron 1200, roda2, Sportster

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my