HARGA rasmi kenderaan elektrik (EV) jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia bakal bermula daripada RM199,000 berdasarkan harga dipaparkan dalam konfigurator rasmi Tesla sebelum pelancaran rasmi 20 Julai ini.
Justeru rakyat Malaysia kini boleh menempah dan membuat penambahan spesifik terhadap Tesla Model Y selepas konfigurator untuk merekabentuk model itu diaktifkan untuk pasaran Malaysia dengan penghantaran dijangka bermula awal 2024.
Tesla Model Y ditawarkan dalam tiga varian, iaitu:
- Tesla Model Y RWD - RM199,000
- Tesla Model Y Long Range AWD - RM246,000
- Tesla Model Y Performance AWD - RM288,000
Berikut pilihan penambahan ditawarkan untuk mengubah suai Tesla Model Y di Malaysia:
- Warna cat Hitam, Silver atau Biru: RM5,000
- Warna cat merah (multi-coat): RM10,000
- RIm 20 inci Induction Wheels:RM10,000
- Interior hitam dan putih: RM5,000
- Enhanced Autopilot: RM16,000
- Kebolehan pemanduan autonomi sepenuhnya: RM32,000
Tesla Model Y RWD - RM199,000
Bagi varian aras mula, Tesla Model Y hadir dengan rim standard 19 inci dan motor tunggal di belakang untuk menggerakkan SUV ini sejauh 430km (mengikut kitaran WLTP) sekali cas. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 217kmj.
Ia hadir dengan Gemini standard bersaiz 19 inci, tetapi boleh ditambah baik kepada rim 20 inci Induction Wheels.
Tesla Model Y Long Range AWD - RM246,000
Berbeza varian terendah, varian Long Range datang dengan dwi-motor yang mampu memecut 0-100kmj sepantas 5 saat. Varian ini mampu bergerak lebih jauh, iaitu 533km (WLTP), dan kelajuan maksimum masih sama, 217kmj.
Rim juga bersaiz 19 inci sebagai standard, tetapi boleh dipertingkat kepada rim Induction Wheels 20 inci.
Tesla Model Y Performance AWD - RM288,000
Seperti namanya, Tesla Model Y Performance AWD ialah Model Y yang paling laju dan paling mahal. Dengan kelajuan maksimum 250kmj, SUV ini hanya memerlukan 3.7 saat saja untuk pecutan 0-100kmj.
Bagaimanapun, jarak perjalana kurang sedikit berbanding Long Range, iaitu 513kmj (WLTP). Varian ini turut menerima penambahbaikan lain seperti spoiler karbon, brek prestasi, pedal aluminium aloi dan suspensi renda.
Dalaman
Ciri dalaman SUV EV 5-kerusi ini dilengkapi bumbung cermin panoramik, unit infotaimen 15 inci, dua port pengecas telefon pintar jenis wayarles, 4 port USB Type-C, perehat tangan, material dalaman daripada sumber bukan haiwan, penyaman udara dengan kawalan iklim termaju berserta penapis HEPA.
Kapasiti ruang but 854 liter, manakal ruang bonet (yang menggantikan ruang enjin) ialah 117 liter.
Audio dan Media
Ciri audio diberikan ialah jenis premium dengan 13 pembesar suaran, siap dengan satu subwufer, dan dua amplifier.
Ada sambungan media dan muzik menggunakan konektiviti Bluetooth, dan USB Type-A dengan storan mudah alih berkapasiti 128GB.
Keselesaan
Antara keselesaan ditawarkan SUV EV Tesla ini adalah:
- Kawalan tempat duduk depan elektronik
- Ada pemanas kerusi depan dan belakang
- Ada pemanas stereng
- Ada penapis udara HEPA
- Ada bumbung cermin gelas (tinted) dengan pelindung ultraungu dan inframerah.
- Tempat duduk belakang boleh lipat berasingan
- Ada karpet dalaman
Ciri lain
- Lampu kabus LED
- Cermin sisi boleh lipat elektrik, automalap dengan fungsi pemanas
- Profil pemandu kustom
Dimensi
Tesla Model Y memiliki dimensi panjang 4,751mm, lebar 1,921mm, tinggi 1,624mm, dan jarak roda 2,890mm.
Waranti
Pembeli akan diberikan waranti standard 4 tahun atau 80,000km. Ada juga waranti bateri dan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km.
Jika berminat menempah Tesla Model Y, layari Configurator Tesla untuk melakukan kustom model pilihan pada harga bermula RM199k, dengan bayaran tambahan RM500 untuk penghantaran dan fi pentadbiran, RM200 (pendaftaran dan nombor plat), dan RM1,000 (yuran tempahan).
Pembeli akan menikmati pengecualian duti import dan eksais untuk EV import (CBU) yang baru didaftarkan bersama pengecualian cukai jalan sepenuhnya.
Pemilik Tesla Malaysia juga mendapat pelepasan cukai pendapatan individu hingga RM2,500 ke atas perbelanjaan yang ada kaitan kos pemasangan, penyewaan, pembelian, termasuk alatan sewa beli atau yuran langganan untuk kemudahan pengecasan EV, untuk tahun taksiran 2023.
BACA >>> Tesla Debut Rasmi di Malaysia 20 Julai Ini
BACA >>> Tesla Malaysia Cari Pekerja Jawatan Tetap di Kuala Lumpur
Leave a Reply