• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Petrol RON95, RON97 & Diesel Naik Lagi Mulai Esok (30/05/20)

Harga Petrol RON95, RON97 & Diesel Naik Lagi Mulai Esok (30/05/20)

May 29, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

harga ron95
BERMULA esok (30/05), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lagi sebanyak 5 sen. Manakala harga diesel turut naik 10 sen. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 30/05/2020 hingga 05/06/2020.

Ini bermakna, harga bahan api RON95 naik daripada RM1.38 kepada RM1.43 seliter. Harga RON97 pula naik kepada RM1.73 berbanding RM1.68 seliter minggu lalu. Manakala diesel juga naik kepada RM1.61 seliter.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan,  Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan media sebelum ini menyatakan tiada sebarang caj akan dikenakan ke atas jumlah ansuran bulanan bagi pinjaman sewa beli (hire purchase) sama ada konvensional atau syariah.

Ini bermakna, jumlah ansuran bulanan kekal sama sepanjang tempoh penangguhan atau moratorium, iaitu selama enam bulan.

Keputusan baharu itu dicapai selepas Kementerian Kewangan mencapai kata sepakat dengan industri perbankan mengenai isu berbangkit sebelum ini, iaitu mengenai faedah terakru yang dikenakan ke atas peminjam bagi setiap bulan penangguhan.

Dengan keputusan terbaharu itu, peminjam kini cuma perlu menyambung bayaran ansuran bulanan seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan pinjaman.

SENARAI HARGA MINYAK [30/05/20 - 05/06/20]

  • RON95: RM1.43/liter (naik 5 sen)
  • RON97: RM1.73/liter (naik 5 sen)
  • Diesel: RM1.61/liter (naik 10 sen)

BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga diesek, harga diesel, harga minyak, harga minyak jun 2020, harga petrol jun 2020, harga ron95, harga ron97

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my