Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Minyak Global Naik, Tapi RON95 Malaysia Kekal RM1.99 Seliter
Auto Terkini

Harga Minyak Global Naik, Tapi RON95 Malaysia Kekal RM1.99 Seliter

Han OthmanBy Han Othman02/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Stesen minyak di iran

DALAM situasi harga tenaga global terus meningkat, Kerajaan Malaysia memberi jaminan harga petrol bersubsidi RON95 kekal stabil pada RM1.99 seliter sebagai antara terendah di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kenyataan terbaharu menggesa tindakan tegas diambil terhadap penyebaran maklumat palsu berhubung harga minyak dan elektrik yang kini tular di media sosial.

Menurut beliau, sebanyak 96 kandungan berunsur mengelirukan sudah dikenal pasti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap persepsi rakyat.

Dalam keadaan mencabar ini, masih ada pihak yang menyebarkan maklumat tidak benar dan cuba mensabotaj keadaan,” katanya.

Subsidi Cecah RM4 Bilion Sebulan

Poster RON95 Malaysia RM1.99 seliter

Walaupun tekanan harga minyak global semakin kuat, Kerajaan dilaporkan membelanjakan kira-kira RM4 bilion sebulan bagi menampung subsidi bahan api, iaitu satu angka besar bagi memastikan rakyat tidak terbeban.

Setakat ini:

  • Harga RON95 kekal RM1.99 seliter
  • Antara paling murah di dunia
  • Kuota subsidi ditetapkan sekitar 200 liter sebulan bagi setiap individu

Langkah itu dilihat sebagai usaha mengekalkan keseimbangan antara beban fiskal Kerajaan dan kos sara hidup rakyat.

Langkah Tambahan: Kerja dari Rumah (WFH)

Dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga, Kerajaan turut mengumumkan kakitangan sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan melaksanakan kerja dari rumah bermula 15 April ini.

Malaysia Masih Bertahan daripada Lonjakan Global

Harga RON95 di stesen minya Petronas, Malaysia

Jika dilihat situasi negara lain, harga minyak naik mendadak, yang mana ada yang naik setiap minggu, dan ada yang melakukan kenaikan berperingkat (staggered). Sebaliknya, Malaysia pula masih meneruskan subsidi besar-besaran.

Realitinya, subsidi bukan tanpa had yang mana kita dapat menyaksikan kerajaan mula kmengetatkan kuota dan kawal persepsi awam.

Buat masa sekarang, rakyat Malaysia masih bertuah ketika mengisi minyak ketika menghadapi tekanan global yang semakin kuat. Cuma tinggal masa untuk menyaksikan sejauh mana strategi dan apa bakal berlaku seterusnya.

SUMBER: TheStraitsTimes

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Castrol Edge Roving Truck 2026
Auto Terkini

Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

22/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.