Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hantar ke Puspakom, Termasuk Diuji Pasukan Khas Sendiri, Chery Omoda 5 Tular Tiada Masalah Brek
Auto Terkini

Hantar ke Puspakom, Termasuk Diuji Pasukan Khas Sendiri, Chery Omoda 5 Tular Tiada Masalah Brek

Han OthmanBy Han Othman13/04/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY Auto Malaysia mengemas kini isu terbaharu mengenai aduan tular di media sosial pada 6 April baru-baru ini daripada seorang pelanggan Chery Omoda 5 yang mendakwa mengalami masalah kegagalan brek.

Sebenarnya, sejak aduan itu, pasukan khimat pelanggan sudah menghubungi pelanggan tersebut dan menghantar pasukan teknikal berkemahiran tinggi untuk melakukan siasatan berhubung kenderaan berkenaan yang didakwa mengalami kegagalan fungsi brek.

Kenderaan tersebut juga sudah dihantar ke Puspakom untuk menjalani ujian menyeluruh yang dilakukan syarikat itu sendiri sebagai sebahagian penilaian

Di Puspakom, ujian pemeriksaan 10-poin dilakukan, termasuk ujian brek untuk menilai kecekapan, ketidakseimbangan dinamik, ujian pergerakan (run-out), daya residual, dan brek parkir untuk memastikan prestasi brek yang optimum.

Semua pemeriksaan yang dijalankan pasukan Chery Auto Malaysia dan Puspakom tidak menemui sebarang masalah sekali gus mengesahkan kenderaan itu adalah selamat dan sistem brek adalah memuaskan seperti diperoleh dalam keputusan ujian Puspakom.

Pelanggan turut dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai keputusan berkenaan, termasuk diberikan laporan lengkap mengenai semua pemeriksaan dilakukan.

Chery Group, termasuk Chery Auto Malaysia menegaskan sangat mengutamakan keselamatan safety. Semua produk Chery sudah beredar di lebih 80 negara seluruh dunia dengan memenuhi standard keselamatan sebelum penghantaran dibuat kepada pelanggan.

Chery Omoda 5 ialah kenderaan global yang diperkenalkan pada April 2023 dan sudah terjual lebih 130,000 unit (tidak termasuk China) setakat Mac 2024.

Di Malaysia, Chery Omoda 5 pernah mendapat anugerah SUV Saiz-Pertengahan Terbaik Pilihan Editor daripada CarSifu The Star, SUV 5-kerusi terbaik daripada Carlist Malaysia dan juga Anugera Waranti Cemerlang daripada Malaysia International Moto Expo 2023.

Pelanggan yang ada sebarang pertanyaan  boleh menghubungi rakan pengedar sah atau hubungi talian khidmat pelanggan Chery di +603 2771 7070 atau e-mel [email protected] untuk memintas sebarang bantuan.

Auto Terkini Chery Auto Malaysia Chery Malaysia Jawab Isu Tular Chery Omoda 5 Masalah Chery
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.