Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Masih Mahu Berlumba, Tapi…
Auto Terkini

Hafizh Masih Mahu Berlumba, Tapi…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/08/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS terbabit kemalangan ngeri dua minggu lalu di litar Red Bull Ring, GP Austria, Hafizh Syahrin kini kembali ke tanah air dan sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel.

Dalam temu bual video bersama Astro Arena, jelas terungkap kekecewaan Hafizh yang mungkin disimpan sekian lama. Segalanya tercetus daripada luahan ayat dalam status Instastories pelumba muda itu; ‘Berakhir 13 tahun perjuangan dalam sukan pemotoran’.

BACA >>> Hafizh Syahrin Kemalangan di GP Austria!

Mengungkap apa tersirat di sebalik ayat itu pengacara Astro Arena terus bertanyakan kepada Hafiz dan ini jawapan diberikan:

Sebenarnya tiada kata putus dan tiada apa-apa saya ingin sampaikan hanya share pengalaman selama 13 tahun dalam motorsport. Saya boleh katakan salah satu persoalan saya… macam mana ye nak cakap tak ada apa-apa pun. Hanya rancang macam mana keadaan akan datang kalau kita kena ada support yang kuat.”

Hafizh nampaknya enggan menjawab, dengan mengatakan tiada apa-apa dan membiarkan ayat itu tergantung. Dia juga mengeluarkan komen mengenai ketidakselesaan dengan politik dalam MotoGP.

Kalau tanpa support kuat agak sukar nak teruskan perjuangan. Kalau boleh kita tak nak ada politik atau salah seorang yang jatuhkan kita dalam sukan. Itu yang tak best kalau dalam sukan apa-apapun.”

BACA>>>#TahukahAnda: Apakah Fungsi Pemanas Tayar? Kenapa Kerap Digunakan Pasukan Lumba?

Susulan ayat luahan itu, adakah kita dapat melihat Hafiz beraksi tahun depan?

Saya tak tahu lagi, kalau tanya perasaan saya memang ingin berlumba, tapi kalau dari segi politik yang sangat kuat (ayat tergantung?). Politik motorsport ini memang ada… sedangkan sesama Malaysia ingin lihat pelumba sendiri tidak berjaya. Itu sukar untuk saya teruskan lebih baik buat hala tuju sendiri dan just move on, better be myself.

“Apa yang saya nak sampaikan ini sebenarnya banyak vision, pandangan itu banyak cuma satu saja saya nak cakap kalau ingin berjaya tidak boleh dengki dengan orang, apa rezeki dia ada dan kita tidak boleh jatuhkan, tak boleh tikam belakang sedangkan dia bawa nama Malaysia, tapi orang dalam motorsport nak lihat kita jatuh.

“Kenapa perkara ini terjadi, seharusnya kerjasama dan teruskan perjuangan motorsport Malaysia. Bila perkara ini berlaku saya tak suka. Bila ini terjadi, atlet tidak mahu teruskan perjuangan, kalau tanya saya memang mampu berikan saingan tetapi perkara ini better buat hala tuju sendiri, tak rasa sakit dan penat lelah selama ini sia-sia.”

BACA >>> Tak Puas Hati Haram Berlumba, West Bongkar Konspirasi FIM Tentukan Juara MotoGP

SUMBER: AstroArena

2020 MotoGP autoterkini Hafiz Syahrin Kejuaraan Dunia MotoGP Moto2 roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026

2 Comments

  1. Jan on 27/08/2020 12:56

    kesian, bakat ada, x cukup banyak support dari segi financial.

    Reply
  2. Sham81 on 30/08/2020 12:14

    Kalau sesama org malaysia nk jatuh kn org malaysia memang dlm apa2 sukan pun memang malaysia xkan pergi jauh…duk takat tu je la…kurang support dr org malaysia sendiri…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.