Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ramsey Mahu Pandu Kereta Elektrik dari Kutub Utara ke Kutub Selatan!
Auto Terkini

Ramsey Mahu Pandu Kereta Elektrik dari Kutub Utara ke Kutub Selatan!

Abang HirataBy Abang Hirata05/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KUTUB Utara dan Kutub Selatan ialah dua lokasi dengan persekitaran paling ekstrem di dunia yang turut menjadi medan menguji tahap ketahanan sesebuah kereta.

Jika anda masih ingat, pada 1998 sebuah Proton Wira 1.5L pernah didaratkan di Kutub Utara menggunakan payung terjun dari ketinggian 600 meter. Selepas mendarat, Wira tersebut berjaya dihidupkan walaupun dalam suhu sejuk dan turut dipandu di kawasan sekitarnya. Betul-betul Wira!

BACA >>> Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Basecamp, Idea Trak Pikap untuk Kembara Sedunia

Ini pula ekspedisi Chris Ramsey, iaitu pengembara warga Britain yang mahu menjadi individu pertama memandu dari kawasan magnetik Kutub Utara ke Kutub Selatan menggunakan kereta elektrik.

Memang menarik kerana ia sebuah kereta elektrik yang akan dipandu jauh dari satu lokasi sejuk ke satu lokasi sejuk lain, sekali gus mampu merungkai keupayaan trenkuasa elektrik.

Sebagai ulangkaji, manusia yang mendiami Kutub Utara dan Kutub Selatan tiada aktiviti kemanusian. Haiwan mamalia seperti rusa, musang dan sebagainya ada di Kutub Utara, tetapi habitat hidupan tersebut belum ditemui di Kutub Selatan.

BACA >>> Nissan LEAF Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

Ramsey dijadualkan bertolak pada Mac 2023 dan akan mengembara lebih 27,000km merentasi 14 negara dari Artik ke Amerika Utara, Tengah dan Selatan dan akhirnya ke Antartika. Ekpedisi itu dibuat bagi meningkatkan kesedaran tentang krisis suhu dan peranan kritikal kenderaan elektrik dalam mengurangkan emisi karbon.

Ramsey dan pasukan kini sudah bersiap sedia untuk ekspedisi berkenaan lebih empat tahun dan akan menjadi detik bermakna apabila Nissan bersetuju menjadi rakan kenderaan rasmi. Tetapi bukan model elektrik LEAF, sebaliknya model baharu Ariya e-4ORCE.

Suhu dijangka antara -30⁰C dan 30⁰C. Pasti menarik untuk mengetahui keupayaan mengharunginya situasi ekstrem di sana. Model Ariya itu pula bukan sekadar dikeluarkan dari bilik pameran sebagai persedian mendepani keadaan brutal di Artik dan Antartik, tetapi turut diubah suai dengan mendapat sentuhan Arctic Trucks.

Arctic Trucks bukan asing dalam ekspedisi sejuk esktrem, dan juga pakar dalam kenderaan polar. Syarikat itu juga akan menyediakan sokongan logistik dan kepakaran bagi membantu merancang laluan selamat dan boleh akses.

Bukan setakat sejuk, ekspedisi itu juga bakal berdepan pelbagai kondisi cuaca seperti hujan lebat, selut dan peningkatan suhu di kawasan khatulistiwa dan angin lintang di pergunungan Andes.

Pasukan ekspedisi akan turut meneroka penyelesaian kepada isu seperti kecairan polar, kehilangan habitat dan ancaman alam sekitar disebabkan krisis suhu. Perancangan lain adalah melawat sekolah yang mengajar kanak-kanak tentang tenaga boleh diperbaharui selain menemui suku tempatan di Amazon Ecuador yang melindungi kediaman pusaka mereka.

Ramsey pula bukan kali pertama mengembara dengan kereta elektrik dan pernah terlibat sejak lebih sedekad lalu. Pada 2017, beliau dan isteri, Julie menjadi pasukan pertama menamatkan Rali Mongol menggunakan kereta elektrik.

Pasangan itu turut menjelajah lebih 16,000km merentasi 20 negara dari Britain ke Siberia menggunakan LEAF.

BACA >>> Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k
BACA >>> Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k

Auto Terkini Chris Ramsey Ekspedisi Kutub Utara EV Nissan Nissan Ariya Proton Wira 1.5L
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.