Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Gran Turismo Sport (GT Sport) atau Forza Motorsport 7 (FM7)? Mana Satu Lebih Seronok?
Autotainment

Gran Turismo Sport (GT Sport) atau Forza Motorsport 7 (FM7)? Mana Satu Lebih Seronok?

ZYBy ZY24/09/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

OKTOBER yang bakal menjelang tidak lama lagi pasti ditunggu-tunggu peminat permainan video genre simulator perlumbaan. Ini kerana bukan satu, tetapi dua simulator perlumbaan terbesar bakal dilancarkan, Gran Turismo Sport dan Forza Motorsport 7.

Berita kurang enak, kedua-dua simulator itu dibina eksklusif untuk konsol permainan utama, yang mana Gran Turismo hanya ditawarkan untuk platform Playstation 4, dan Forza pula Xbox One, manakala permainan PC dikhaskan untuk sistem operasi yang menyokong Windows 10 saja. 

BACA >>> #Videotomotif: Godam Kereta untuk Main Game Lumba Mario Kart 64

Tiada masalah kalau anda berkemampuan mendapatkan kedua-dua permainan video tersebut, tetapi jika hanya ada satu pilihan, simulator perlumbaan manakah paling berbaloi dibeli? Mari baca perbandingan kami di bawah:

1. GRAN TURISMO (GT SPORT)

Paparan foto-realistik Gran Turismo Sport

Peminat Gran Turismo pasti sudah menunggu lama untuk merasai pengalaman permainan simulasi ini menggunakan konsol PS4 generasi terbaharu. Ini kerana siri terakhir sebelum ini – Gran Turismo 6 – hanya dilancarkan untuk konsol generasi terdahulu – PS3 – kira-kira empat tahun lalu.

Sememangnya ada beberapa penambahbaikan. Paling ketara adalah aspek grafik, terutama jika anda bermain menggunakan PS4 Pro kerana Gran Turismo Sport mampu dimainkan pada resolusi 4k (checkerboard rendering) 60fps dengan sokongan HDR.

BACA >>> #Videotomotif: Kompilasi Aksi Bomba GTA V yang Tidak Boleh Diharap

Ini ditambah pula dengan pengemaskinian perincian setiap model kereta dan litar yang menjadikan visual simulasi perlumbaan terbaharu ini mampu mencapai tahap foto-realistik! Selain itu, model Porsche turut melakukan debut dalam siri Gran Turismo bagi menggantikan jenama Ruf selepas kontrak eksklusif Porsche bersama Electronic Arts tamat penghujung tahun lalu.

BUKAN SEKUEL PENUH

Namun, jangan terburu-buru membuat tempahan awal kerana Gran Turismo Sport bukanlah sekuel penuh seperti yang anda harapkan! Bilangan kereta dan litar secara keseluruhan sudah dikurangkan kepada 177 kereta dan 27 konfigurasi litar sahaja berbanding 1,200 buah kereta dan 71 konfigurasi litar pada Gran Turismo 6.

Tiada lagi perubahan masa dan cuaca dinamik. Sebaliknya ia hanya boleh ditetapkan sebelum perlumbaan bermula. Gran Turismo Sport juga tampak lebih fokus kepada perlumbaan berbilang pemain (multiplayer) atas talian dan e-sport, dengan mengetepikan mod pemain tunggal (single player) yang hanya dipenuhi cabaran kecil seperti kelas lesen siri sebelum ini.

Gran Turismo Sport boleh ditempah awal sebelum pelancaran 17 Oktober ini pada harga bermula RM229 untuk edisi standard. Jika anda peminat tegar Gran Turismo, boleh menunggu konsol PS4 Slim edisi terhad yang bakal dilancarkan pada tarikh sama dengan tanda harga dikhabarkan cuma RM1,799.

2. FORZA MOTORSPORT 7 (FM7)


Peminat siri Forza Motorsport sememangnya beruntung kerana bukan saja edisi terkini dilancarkan selang setahun sekali selepas Forza Horizon, tetapi ada banyak penambahbaikan ditampilkan walaupun tempoh masa pelancaran singkat.

Bagi meraikan keampuhan konsol permainan paling berkuasa masa kini, Xbox One X, Forza Motorsport 7 mampu dimainkan dalam resolusi 4k penuh dan masih mengekalkan kelancaran 60fps serta sokongan HDR. Kualiti grafik dipertingkatkan lagi dengan efek perubahan cuaca dinamik, tambahan pergerakan realistik pada komponen kereta seperti pengelap cermin dan tiub udara bergetar sepanjang perlumbaan berserta tambahan sudut kamera kokpit lebih ke hadapan yang pastinya sangat dinantikan gamers yang bermain menggunakan alat kawalan stereng.

Tanpa melupakan pemilik Xbox One yang dulu, penambahbaikan visual FM7 kali ini langsung tidak menjejaskan prestasi konsol tersebut dan masih mampu dimainkan pada resolusi 1080p, 60fps.

Sama seperti GT Sport, model Porsche ditawarkan tanpa perlu membayar lebih, di mana sebelum ini hanya tersedia sebagai DLC berbayar. Bezanya, FM7 menampilkan lebih banyak pilihan kereta dan konfigurasi litar mencecah lebih 700 kereta dan lebih 200 konfigurasi litar. Cuma sayang, isu perlesenan membuatkan kereta jalanan Toyota tidak lagi disertakan – masalah besar bagi peminat Toyota Corolla AE86. Mereka kini tidak boleh lagi berangan melakukan aksi drift seperti Takumi dalam Initial D.

BACA >>> Grand Theft Auto (GTA) Bukan Sekadar Berlumba Biasa, Ubah Budaya Game Dunia

Kepada mereka yang mahukan Forza Motorsport 7 sebelum pelancaran 3 Oktober ini, anda boleh dapatkan permainan video itu pada harga serendah RM188 secara tempahan awal yang diimport terus dari Singapura untuk versi Xbox One. Sekiranya anda juga pemilik PC Windows 10 yang menepati syarat spesifikasi, Microsoft Store turut menawarkan FM7 sebagai versi Xbox Play Anywhere dengan satu harga, RM234 untuk edisi standard dan kini anda boleh bermain di kedua-dua platform Microsoft tersebut.


GRAN TURISMO (GT SPORT) LAWAN FORZA MOTORSPORT (FM7)

autotainment Forza Motorsport 7 games Gran Turismo Sport GT Sport permainan video video game
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.