Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Godam Game Supaya Boleh Main Sambil Memandu Porsche – Bijak, Tapi…
Autotainment

Godam Game Supaya Boleh Main Sambil Memandu Porsche – Bijak, Tapi…

Han OthmanBy Han Othman21/02/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA bukan peminat permainan video sebenar atau gamer sejati kalau tidak pernah bermain Doom, permainan tembak-menembak pandangan pertama (first person shooter) yang dibangunkan syarikat perisian id Software. Tetapi apa pula kaitan Doom dengan kereta?

Seorang pengguna YouTube, Vexal menunjukkan cara menggodam sistem infotainment Porsche 911 Carrera S yang membolehkan dia bermain Doom secara simulator menerusi skrin LCD kereta sport miliknya. Ya, Porsche!

CUMA GUNA PEMACU KILAT

1. Masukkan pemacu kilat.
2. Paparan bertukar kepada mod debug.
3. Masukkan CD permainan Doom.

Video berdurasi 3:22 minit itu menunjukkan langkah demi langkah bagaimana pemilik Porsche boleh menukarkan paparan skrin kereta mereka kepada visual game Doom yang menurut Vexal mungkin juga boleh dilakukan ke atas model lain.

BACA >>> Grand Theft Auto (GTA) Bukan Sekadar Berlumba Biasa, Ubah Budaya Game Dunia

Apa yang mengagumkan, proses modifikasi dilakukan tidaklah sesukar mana kerana anda cuma perlu memuat naik Doom ke dalam komputer kereta menggunakan pemacu kilat (flash drive). Kemudian anda perlu menukar tetapan kereta kepada mod debug. Ya, jika anda baru tahu komputer kereta anda ada mod debug, ucaplah terima kasih kepada Vexal.

Bagaimana bermain Doom versi Porsche? Caranya, pemandu mesti menekan hon untuk menembak, menukar senjata api dengan menukar gear dan mengubah arah dengan memusingkan stereng. Melihat video Vexal, segalanya nampak lancar dan sempurna. Malah, untuk maju ke depan, anda perlu menekan pedal minyak. Ini bermakna, anda mesti memandu untuk bermain Doom versi Porsche! Sekarang anda bayangkan gaya kepermainan seperti Pokemon Go yang memerlukan anda sentiasa bergerak di jalanan untuk bermain. Cuma paparan Doom adalah secara pandangan pertama (first person).

BACA >>> Tidak Peduli Lalu Lintas, Orang Jepun Merusuh Gara-Gara Pokemon Go

BIJAK, TAPI CARI PENYAKIT?

Tetapi apabila melihat Vexal mula memandu keluar dari kawasan rumahnya dan cuba bermain game itu, timbul pula persoalan, kenapa perlu bersusah payah memandu sambil main game? Kenapa dia tidak duduk saja di rumah dan bermain menggunakan komputer atau laptop sendiri?

Ingatlah orang tersayang, jangan tindakan anda itu memberikan ‘Doom’ yang sebenar ke atas diri sendiri pula.

SUMBER: Popular Mechanics

autotainment Doom game game Doom main game sambil pandu kereta permainan video Porsche 911 Carrera S
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.