LAGI cerita mengenai huru-hara dicetuskan permainan Pokemon Go. Insiden kali ini berlaku di Odaiba dekat Tokyo, Jepun apabila seekor Pokemon daripada spesies jarang ditemui atau rare tiba-tiba muncul di kawasan tersebut.
Lebih haru, kemunculan haiwan maya itu menyebabkan fanatik permainan berkenaan berhimpun hingga membentuk kumpulan besar manusia dan memaksa pihak polis turun padang.
Kumpulan gamer dilihat saling berlari dan berasak untuk menangkap Lapras, sejenis makhluk laut yang dikenali sebagai Pokemon pengangkutan. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila orang ramai langsung tidak mengendahkan keadaan lalu lintas di situ dengan membanjiri jalan raya utama di pulau buatan itu.
Pengguna-pengguna Twitter menggelarkan fenomena tersebut sebagai 'Lapras panic'
Menurut agensi berita Jepun, NHK, insiden berkenaan memaksa pihak polis menghubungi Niantic untuk meminta kerjasama pembina permainan tersebut supaya memastikan lokasi Pocket Monster berada di tempat selamat.
Di bawah ini ialah foto dan video yang dikongsikan netizen mengenai kegilaan fanatik Pokemon Go di Negara Matahari Terbit itu. Mujurlah tiada kemalangan berlaku sepanjang insiden berikut.
お台場がラプラスのせいで道が混雑
警察が止めに入ってるw pic.twitter.com/k67oZkXs0L— としき。 (@Nonan__) September 18, 2016
ラプラスがお台場レインボーブリッジに出現したことでポケモントレーナーが歩道のない道路上へなだれ込み、水上警察まで出動する大騒動に。
— TWISOKUHO (@twisokk) September 20, 2016
お父さんから送られてきたんだがお台場やべー
ラプラスが出たらしい#ポケモンGO pic.twitter.com/FZOOKVu9od— じゃこ (@potatogomesu) September 18, 2016
警察も登場!立入禁止区域に登場!見よ、これがお台場名物のラプラス・パニックだ! pic.twitter.com/vkgZlKJ3Vt
— iano (@ianoianoianoo) September 18, 2016
【ポケモンGO】お台場でのラプラス騒動、警視庁からナイアンティックに改善要請!!! https://t.co/KFmCLsI1TG pic.twitter.com/OFXdyuc6eT
— ポケモンGOアンテナ (@pocket_go_ant1) September 21, 2016
お台場の歩行者進入禁止の車道にラプラス出現。警察出動。カオスwwwwwwwwww pic.twitter.com/VfVQl0bD4X
— Yoshiki.S (@10yotchan9) September 18, 2016
SUMBER: Kotaku.com
Leave a Reply