Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
Roda2

GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas

Han OthmanBy Han Othman04/11/20252 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2

GGR Legacy (M) Sdn Bhd, atau lebih dikenali sebagai GGR Motor, hari ini memperkenalkan dua model prototaip motosikal elektrik (EV) terbaharu dikenali sebagai Pantera R1 dan Pantera R2.

Kedua-dua model ini direka dan dipasang sepenuhnya di Malaysia, menjadikannya motosikal elektrik jarak jauh pertama buatan tempatan dengan kemampuan perjalanan sehingga 300 kilometer bagi satu cas penuh.

Simbol Keupayaan Anak Tempatan

GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2
GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2

Menurut Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi, pembangunan Pantera R1 dan R2 menjadi simbol keupayaan anak tempatan menghasilkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi setanding produk antarabangsa.

“Tujuan utama pelancaran Pantera R1 dan R2 adalah untuk melahirkan motosikal elektrik pertama buatan Malaysia yang boleh mencapai jarak 300 kilometer bagi satu cas penuh. Ini akan menjadi penanda aras baharu industri EV tempatan,” katanya ketika ditemui pada program MARA Automotive Ecosystem (MATEC 2025) di Bukit Jalil.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang, dan turut dihadiri Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bersama wakil rakan strategik dan selebriti tempatan seperti Johan dan Ajak Shiro.

Kuasa, Jarak dan Pengecasan Pantas

GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2
GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2

Pantera R1 dan R2 dilengkapi dua unit bateri 73.8V / 116Ah, membolehkan jarak perjalanan maksimum 300km. Model ini turut menyokong sistem pengecasan pantas (fast charging) yang mampu mengecas satu bateri penuh dalam tempoh 30 minit sahaja.

Kuasa pacuan datang daripada motorhub 5,000kW dipadankan dengan Votol Controller, komponen antarabangsa terkenal dengan kecekapan tenaga tinggi. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum antara 110 hingga 150 km/j, dengan kos penyelenggaraan hampir sifar kerana tidak memerlukan minyak atau servis enjin seperti motosikal petrol biasa.

“Kami mahu buktikan bahawa kenderaan elektrik bukan hanya mesra alam, tetapi juga mampu menjimatkan kos jangka panjang untuk rakyat,” jelas Musaddiq.

Fokus kepada Rider e-Hailing, Usahawan Mikro

GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2
GGR Motor perkenal prototaip EV tempatan, Pantera 1 dan Pantera 2

GGR Motor memberi tumpuan kepada rider e-hailing dan usahawan mikro sebagai kumpulan sasaran utama. Dengan penggunaan motosikal elektrik, golongan ini dijangka boleh menjimatkan sehingga 60 peratus daripada kos operasi harian, terutama dari segi bahan api dan penyelenggaraan.

Selain itu, GGR turut memperkenalkan skim pembiayaan mudah dengan deposit rendah dan bayaran bulanan fleksibel bagi memudahkan pemilikan motosikal EV ini.

Pelaksanaan Dua Fasa: Infrastruktur Dahulu, Jualan Kemudian

GGR Motor menegaskan bahawa jualan Pantera R1 dan R2 hanya akan bermula selepas infrastruktur EV siap sepenuhnya.

Pelancaran akan dilaksanakan dalam dua fasa utama:

  • Fasa Pertama (Oktober–Disember 2025): Pembinaan rangkaian stesen swap dan charging point di seluruh negara.
  • Fasa Kedua (bermula Januari 2026): Pembukaan pra-tempahan (pre-order) kepada komuniti e-hailing dan pengguna umum.

Kami tidak mahu menjual sebelum sistemnya bersedia. Fokus utama kami ialah memastikan rangkaian pengecasan dan stesen swap tersedia di seluruh Malaysia,” katanya.

Kolaborasi Strategik, Ekosistem Swap Station

Bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur, GGR Motor kini menggalakkan kerjasama strategik dengan syarikat korporat dan swasta seperti 99 Speedmart, ZUS Coffee, dan rangkaian stesen minyak utama untuk membina stesen swap di lokasi tumpuan.

Menariknya, GGR memperkenalkan konsep ‘Subscription Swap Station’, iaitu model langganan untuk pengusaha tempatan yang mahu membuka stesen pertukaran bateri di bawah jenama GGR.

Melalui model ini, pengguna dikenakan caj kecil setiap kali menukar bateri, manakala pengendali premis menerima komisen tetap daripada setiap transaksi.

Lagi banyak syarikat terlibat, lagi banyak stesen swap dapat dibuka. Ini bukan projek satu syarikat, ini usaha membina ekosistem EV negara,” katanya.

Kejayaan Lion G1, Halatuju Masa Depan

GGR Motor perkenal inisiatif 'Go Green Revolution'.

GGR Motor sebelum ini mencatat kejayaan besar menerusi model Lion G1 yang terjual lebih 8,000 unit, membuktikan potensi besar pasaran motosikal elektrik di Malaysia.

Pantera R1 dan R2 akan menjadi kesinambungan kejayaan tersebut dengan penekanan terhadap teknologi baharu, jarak lebih jauh dan sistem pengecasan fleksibel.

Untuk sokongan selepas jualan, alat ganti boleh diperoleh di Supermarket GGR Motor di Sungai Penchala, manakala PMH Motor di Alor Setar dilantik sebagai Master Dealer bagi wilayah Utara.

Selain itu, GGR turut bekerjasama dengan selebriti tempatan termasuk Farid Kamil, Johan dan Ajak Shiro melalui rangkaian GGR X Partners, yang akan memperluas capaian pasaran dan meningkatkan kesedaran jenama.

Tembus Pasaran Asia

Dalam jangka panjang, GGR Motor menyasarkan pasaran Asia Tenggara sebagai destinasi eksport utama selepas ekosistem domestik stabil.
Syarikat juga akan memperluas kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan setiap kawasan berpotensi tinggi di Malaysia mempunyai kemudahan swap dan caj EV yang mencukupi.

Kami mahu pastikan pelancaran seterusnya bukan sekadar model baharu, tetapi pelancaran menyeluruh bersama infrastruktur lengkap,” kata Musaddiq.

Pelancaran Pantera R1 dan R2 bukan sekadar memperkenalkan motosikal elektrik baharu, tetapi menandakan permulaan era baharu mobiliti hijau buatan Malaysia. Dengan prestasi tinggi, jarak jauh, dan rancangan ekosistem menyeluruh, GGR Motor berada di landasan tepat menuju status peneraju industri EV tempatan dan serantau.

EV e-hailing GGR Motor GGR Pantera motosikal elektrik buatan Malaysia. motosikal elektrik Malaysia motosikal EV tempatan motosikal jarak jauh Pantera R1 Pantera R2 roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

17/03/2026
Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
Aksesori

Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

16/03/2026

2 Comments

  1. Hamzah Samsudin on 09/11/2025 13:51

    berapa harga patera 1 n 2

    Reply
  2. Paijan on 24/11/2025 15:00

    Hello
    Harga ev pantera?
    Bila start open booking?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.