Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Holding Catat Jualan Suku Tahunan Lebih Sejuta Buat Kali Pertama
Auto Terkini

Geely Holding Catat Jualan Suku Tahunan Lebih Sejuta Buat Kali Pertama

Abang HirataBy Abang Hirata14/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan Geely Auto

ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding) mengumumkan prestasi jualan memberangsangkan sepanjang sembilan bulan pertama 2025.

Jumlah jualan agregat merentasi portfolio jenama automotif membabitkan Geely Auto, Lynk & Co, Zeekr, Volvo Cars, Polestar, Proton, Lotus, smart, Radar, LEVC dan Farizon mencecah 2,953,452 unit, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya (YoY).

Logo Geely Holding Group

Pada suku ketiga (Q3) 2025, Geely Holding mencatatkan jualan agregat 1,020,913 unit kenderaan, peningkatan YoY 28 peratus.

Pencapaian itu menjadi sejarah baharu buat Geely Holding yang kali pertama merekodkan jualan suku tahunan melebihi sejuta unit.

Dominasi Kenderaan Elektrifikasi

Kenderaan elektrifikasi seperti elektrik (EV), hibrid (HEV), dan hibris plug-in (PHEV) menjadi pemacu utama pertumbuhan tersebut.

  • Jualan kumulatif (sembilan bulan pertama): Kenderaan elektrifikasi menyumbang 1,590,866 unit, meningkat 68 peratus YoY, dan mewakili 54 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Kumpulan.
  • Jualan suku tahunan (Q3): Jualan kenderaan elektrifikasi mencecah 588,110 unit, peningkatan YoY 59 peratus, dan merangkumi 58 peratus daripada jualan suku tahunan Kumpulan.

Butiran Jualan Mengikut Jenama

Geely Auto yang memiliki pegangan saham dalam Zeekr Group, termasuk jenama Zeekr dan Lynk & Co melaporkan jualan dalam sembilan bulan pertama 2025 mencapai 2,170,189 unit, peningkatan kira-kira 46 peratus YoY.

  • Jualan kenderaan elektrifikasi Geely Auto mencapai 1,167,823 unit, meningkat 114 peratus YoY, dan menyumbang 53.8 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat.
  • Jenama premium Lynk & Co, menjual 241,472 unit, meningkat YoY 23 peratus.
  • Jenama teknologi mobiliti elektrik premium mewah, Zeekr, menjual 143,600 unit, meningkat YoY 1 peratus.

Pertumbuhan itu didorong pelancaran produk baharu bernilai tinggi seperti Lynk & Co 900, Geely Galaxy M9, dan Zeekr 9X yang turut membantu meningkatkan margin.

Walaupun kenderaan elektrifikasi menerajui pertumbuhan, jualan model bahan api tradisional Geely Auto juga kekal stabil, manakala siri produk enjin pembakaran dalaman (ICE) arus perdana mencatatkan pertumbuhan 5 peratus berbanding trend pasaran.

Perkembangan korporat menyaksikan Geely Automobile Holdings dan Zeekr Intelligent Technology secara rasmi menandatangani perjanjian penggabungan pada 15 Julai lalu.

Penggabungan dirancang itu adalah selaras strategi One Geely dan usaha integrasi berterusan perniagaan automotif Kumpulan.

Jenama Lain dalam Kumpulan

  • Volvo Cars menjual 514,294 unit kenderaan secara global dalam sembilan bulan pertama 2025, dengan 227,317 unit ialah kenderaan elektrifikasi yang menyumbang 44 peratus daripada jumlah jualan.
  • Polestar menjual 44,482 unit kenderaan elektrik penuh (EV)s dalam tempoh sama, peningkatan YoY 36.5 peratus.

Segmen Kenderaan Komersial

Dalam segmen kenderaan komersial, peneraju pasaran van dan trak komersial tenaga baharu elektrifikasi Farizon menyaksikan jualan sepanjang sembilan bulan pertama 2025 mencapai 107,257 unit, meningkat YoY 49.5 peratus.

Pada September 2025, syarikat mencapai kejayaan dalam pengkomersialan teknologi mobiliti elektrik hibrid metanol dengan pelancaran kapal hibrid metanol yang pertama dunia.

Pengembangan syarikat dalam mobiliti maritim membuka kemungkinan baharu untuk aplikasi teknologi trenkuasa EV dan metanol berasaskan darat ke atas air.

Geely Geely Holding Zhejiang Geely Holding Group Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.