• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gagal Curi Kereta Lumba Brabham BT21 Sebab Tak Pandai Kendali Gear Manual

Gagal Curi Kereta Lumba Brabham BT21 Sebab Tak Pandai Kendali Gear Manual

March 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI pemandu sudah berasa selesa dengan sistem transmisi automatik sehingga sebahagian besar pengeluar kenderaan kurang berminat menjual kereta dengan kotak gear manual kerana semakin kurang relevan dengan kehendak pengguna.

Malah, ada segelintir individu kerap bergurau dengan menyifatkan kotak gear manual sebagai alat pencegah kecurian kenderaan. Kali ini, gurauan itu nampak berasas apabila sekumpulan pencuri gagal melarikan kereta lumba vintaj jenama Brabham.

BACA >>> Ford Patenkan Kotak Gear Manual Baharu, Boleh Tukar Gear Tanpa Guna Pedal Klac
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak

Berdasarkan laporan CarExpert, kejadian kecurian itu berlaku di Toorak, sebuah kawasan subbandar yang didiami golongan kaya di Melbourne, Australia.

Kereta lumba vintaj Brabham BT21 itu dikatakan miliki individu persendirian yang sepatutnya menyertai perlumbaan Phillip Island Classic minggu lalu.

Cubaan mencuri itu berlaku antara malam Rabu hingga pagi Khamis minggu lalu dengan kumpulan pencuri memecah masuk kediaman pemilik untuk melarikan kenderaan tersebut.

BACA >>> #SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?

Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana mereka dilaporkan gagal memandu Brabham BT21. Kereta itu ditemui tidak jauh dari rumah pemiliknya dengan kerosakan pada sistem klac.

Pemilik kereta itu, Peter Williams pada Jumaat lalu memberitahu stesen ABC Radio Melbourne:

Aku tak rasa mereka tahu bagaimana cara mengaktifkan semua suis supaya enjin kenderaan dapat dihidupkan dengan baik."

Apa yang tidak diketahui kumpulan pencuri ialah kereta itu menggunakan kotak gear perlumbaan yang memerlukan julat rev yang sesuai untuk penukaran gear lebih lancar.

Pemilik ada menyatakan pemandu perlu ada pengetahuan untuk proses mengaktifkan semua suis mengikut aturan untuk pembekalan bahan api dan pencucuhan.

ABC News melaporkan hanya enam unit Brabham BT21 masih wujud pada hari ini daripada 110 unit dikeluarkan tahun 1960-an. Kereta yang hampir dicuri itu adalah unit sama yang pernah digunakan legenda Formula Satu (F1), Sir Jack Brabham.

BACA >>> Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan
BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!
BACA >>> Honda Integra (2023) Versi Hatchback Debut di China dengan Pilihan Gear Manual, Varian e:HEV

SUMBER: The Drive

Artikel Berkaitan

167
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Brabham BT21, Curi Kereta Lumba, Formula 1, Peter Williams, Sir Jack Brabham

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my