Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»G.T. 500CR Classic Shelby Mustang – Klasik Ikonik Diberikan Nafas Baharu
Bikin Auto

G.T. 500CR Classic Shelby Mustang – Klasik Ikonik Diberikan Nafas Baharu

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


IKON automotif dunia, Carroll Shelby sudah lama meninggal dunia, tetapi impak yang ditinggalkannya terus hidup menerusi rekaan-rekaan legenda dihasilkan mendiang. Ford Mustang Shelby misalnya adalah antara model yang dianggap terindah sepanjang zaman yang pernah wujud dalam dunia permotoran.

Terbaharu, pengasas Classic Recreation, Jason Engel yang berpangkalan di Oklahoma, menghasilkan G.T. 500CR Classic Shelby Mustang sebagai penghormatan kepada Ford Mustang Shelby G.T. 500 (1967-68). Selain jaminan ketulenan, setiap pembikinan model didatangkan bersama nombor siri yang disiapkan dimasukkan dalam daftar rasmi Shelby.

Menurut Engel, G.T. 500 adalah sebuah kereta sukar ditemui, paling dicari pengumpul kereta, dan tidak ramai orang memilikinya.

“Salah satu cabaran terbesar adalah menghasilkan kereta muscle gaya klasik, mengekalkan garis ikonik hebat yang asli, dan pada masa sama menggabungkan suspensi, rim dan keselesaan moden,” katanya.

KEKALKAN ESTETIKA

Dalam proses pembikinan, model asal yang disumbangkan akan cuba mengekalkan estetika asal sebuah pony Shelby, dengan diberikan penambahbaikan dan komponen moden. Nadi utama kereta masih digerakkan enjin sama, diperoleh secara ‘potong’, iaitu 7.0L V8 berkuasa 545hp, manakala transmisi asal, manual 4-kelajuan digantikan versi baharu, manual 5-kelajuan Tremec.

Aspek prestasi sentiasa jadi keutamaan menerusi penggunaan suspensi gegelung, brek Baer, radiator aliran silang (crossflow) aluminium Be Cool, dan stereng rak dan pinan (rack and pinion). Tugasan menampung jasad Mustang ini digalas rim Shelby 427 dengan tayar Nitto.

SENSASI 60-AN

Ruang dalaman diberikan sentuhan moden dengan sensasi 60-an seperti roda stereng aluminium ira kayu, papan pemuka 1967 (yang ditandatangani Carroll Shelby), panel meter tandatangan Carroll Shelby, dan kerusi Carroll Shelby Scat Rally Series 1000 (dengan tali keledar 5-poin Camlock), sambil diserikan peranti GPS (opsyen), paparan DVD dengan skrin flip, amplifier 4-saluran dan pembesar suara sepaksi (coaxial) daripada Stillwater Designs, dan pemain CD Pioneer.

Hasilnya memang menakjubkan. Salah seorang pembeli Classic Recreations, Jeff Miller yang membeli G.T. 500CR berkata;

Saya dapat semua nostalgia G.T. 500 yang asli, dengan pengalaman pemanduan model Mustang terkini.”

Berminat? Pembinaan setiap G.T. 500CR Classic Shelby Mustang mengambil masa 2,500 jam bekerja dengan harga bermula AS$169,900 (RM690,033). Pasti berbaloi jika anda peminat kereta klasik sejati.

GALERI

Bikin Kereta Ford Ford Mustang Shelby G.T. 500CR Classic Shelby Mustang Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: TRRC Daripada Twisted – Terjemahan Semula Range Rover Classic!

17/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026

1 Comment

  1. Belang Tarung on 03/01/2018 10:47

    ni baharu real men use three pedals hehehe

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.