• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Fuell Flow - Sportbike EV Gabungan 3 Pakar Permotoran, Mampu Pergi Sejauh 200km

Fuell Flow - Sportbike EV Gabungan 3 Pakar Permotoran, Mampu Pergi Sejauh 200km

March 5, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS dilaporkan bergabung dengan pengeluar motosikal dari New York, Vanguard tahun lalu, Erik Buell kini muncul melancarkan sportbike elektrik, Fuell Flow. Tetapi siapa pula Erik Buell?

Erik Buell ialah mantan pemilik Erik Buell Racing (EBR) yang terpaksa melepaskan pemilikannya ke atas syarikat itu pada 2016. Malah, pemilik baharu EBR pun terpaksa gulung tikar setahun kemudian yang kemudian membawa kepada gabungan dua entiti hebat dalam industri permotoran, Buell dan Vanguard.

BACA >>> SURU Scrambler - Moped Elektrik dengan Pedal Kayuh yang Boleh Ditunggang Off-Road

Vanguard ialah pengeluar dan jenama motosikal berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) yang menumpukan kepada pembuatan dengan rekabentuk dan kejuruteraan unik. Syarikat ini diterajui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga pengasas bersama, Francois-Xavier Terny.

GABUNGAN TIGA KEPAKARAN

Dan khabar paling terkini, Buell bekerjasama dengan Terny dan pengurus Formula Satu (F1), Frederic Vasseur untuk melancarkan jenama motosikal elektrik baharu, Fuell dan produk pertama dihasilkan ialah Flow, atau nama penuhnya Fuell Flow. Jika diperhatikan, Flow nampak mirip VanGuard Spark (gambar atas) yang pernah dihasilkan Buell.

Sportbike Flow sentuhan Buell dan pasukannya ini didatangkan dengan hab motor 11kW yang mampu ditunggang sejauh 200km, dijana dua unit bateri 500Wh. Harga pula AS$10,995 (RM44,800) dan dijangka di pasaran menjelang 2021.

BACA >>> Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Erik Buell, Erik Buell Racing (EBR), EV, Francois-Xavier Terny, Frederic Vasseur, Fuell Flow, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Vanguard

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my