• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SURU Scrambler - Moped Elektrik dengan Pedal Kayuh yang Boleh Ditunggang Off-Road

SURU Scrambler - Moped Elektrik dengan Pedal Kayuh yang Boleh Ditunggang Off-Road

March 1, 2019 By Aryon Leave a Comment

809
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOPED kini dilihat sebagai segmen motosikal yang sesuai untuk dielektrikkan. Sebab utama, kos pembuatan lebih murah, manakala konfigurasi rekabentuk tidaklah terlampau serumit menghasilkan sebuah sportbike dan jenis motosikal lain.

Contohnya moped atau basikal SURU Scrambler ini yang kini dibuka tempahan menerusi laman web pengeluar basikal elektrik dari Kanada itu.

Basikal elektrik ini direka seperti moped (kapcai?) dan uniknya ia didatangkan dengan bantuan pedal kayuh yang boleh dikayuh bila-bila masa. Pada masa sama ia dilengkapi grip terotel, sama seperti motosikal petrol biasa, dan boleh juga menggunakan pedal untuk mod e-bike.

BACA >>> Cake Kalk - Motosikal Elektrik Off-Road dari Sweden yang Ranggi dan Lasak

MAMPU DITUNGGANG OFF-ROAD

SURU Scrambler dibina berasaskan Suru S19, dengan frem monokok aluminium solid. Menariknya, model ini dilengkapi peranti untuk keperluan off-road, seperti hendal lebar, tayar dadu 17 inci, absorber belakang dengan reservoir berkelonsong emas dan pelana tebal.

Basikal ini dijana motor elektrik 500W atau 750W 48V, bergantung kepada negara pengimport. Kapasiti bateri pula 816Wh dan jika menggunakan mod elektrik sepenuhnya, ia mampu bergerak sejauh 40km untuk tunggangan off-road dan 70km atas jalan raya biasa. Kelajuan maksimum pula 32kmj yang digerakkan rantai pacu.

BACA >>> Amped A10 - Basikal Elektrik untuk Ajar Si Kecil Pulas Terotel Macam Pelumba Pro

Di Amerika Utara, SURU Scrambler akan mulai dipasarkan bermula April ini pada harga sekitar AS$2,700 (RM10,900).

GALERI

Related

809
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: basikal elektrik, Kanada, Moped, Moped Elektrik, roda2, SURU, SURU Scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my