Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Foto SUV Proton Bocor Lagi – Tampil Lebih Menarik Dengan Gril Baharu
Auto Terkini

Foto SUV Proton Bocor Lagi – Tampil Lebih Menarik Dengan Gril Baharu

Abang GYLBy Abang GYL01/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUV ProtonNAMPAK gayanya kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton ke pasaran Malaysia semakin hampir apabila beberapa lagi foto model berkenaan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tular di laman Facebook Proton Boyue X7 Community (Malaysia).

Berdasarkan foto berkenaan, ia jelas menunjukkan rupa sebenar model SUV Proton yang dijangka akan dilancarkan pada Oktober depan.

Jika sebelum ini kami masih bermain teka-teki dengan rupa sebenar bakal SUV Proton, kali ini ia jelas kelihatan. Berbanding daripada model penjenamaan semula Geely Boyue di China, bakal SUV Proton itu menampilkan rekaan gril baharu. Begitu juga dengan logo yang sudah ditukar kepada Proton.

Rekaan dalaman juga sudah ditukar kepada versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Secara tidak langsung, ia juga merupakan unit pertama Boyue di dunia yang didatangkan dengan versi RHD.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Harga SUV ProtonENJIN TURBO

Dari segi mekanikal, SUV Proton itu juga sudah disahkan akan menampilkan enjin 1.8L TGDi. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, enjin turbo berkenaaan mampu menjana kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500 – 4,000rpm).

Bukan itu saja, model SUV Proton berkenaan juga dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT bagi pemanduan lebih menyeronokkan. Aspek keselamatan pula, SUV Proton itu nanti akan didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini. Antaranya;

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kamera 360º 3D
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Sambungan Internet 4G
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar

Bagi anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton berkenaan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan diikuti dengan versi pemasangan tempatan (CKD), tahun depan.

Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga akan ditetapkan bagi SUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan.

Jika bertanya semula kepada anda, rasa-rasa berapakah harga yang patut diletakkan oleh Proton untuk bakal SUV itu. Sebagai makluman, model ini akan bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.

BACA >>> Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi – Tun MSUV Proton SUV Proton

enjin suv proton Gambar Proton Suv Proton Bocor harga proton boyue harga suv proton Proton Boyue SUV Proton Suv Proton malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026

    1 Comment

    1. Bibiana on 07/08/2018 14:12

      I would like to buy this SUV Proton.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.