• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran

Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran

June 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

FOTO Kia Picanto yang bakal dilancarkan secara global pada bulan ini telah terdedah sepenuhnya dan menunjukkan elemen reka bentuk model baharu ini.

Ini adalah facelift kedua untuk Picanto generasi ke-3 selepas facelift pertamanya dlancarkan pada tahun 2020.

Foto hatchback segmen-A baharu ini diambil di studio dan telah mendedahkan reka bentuk Picanto yang telah berubah secara keseluruhannya.

Bahagian belakang dan depannya telah direka semula mengikut bentuk liar EV9 yang telah dibawa pada model yang lebih berpatutan ini, manakala siluet sisi kereta ini serupa dengan model sedia ada.

Di bahagian sisi, terdapat roda aloi baharu dengan reka bentuk corak geometri 4 jejari serta terdapat skirt sisi baharu yang memberi profil yang garang.

Dalam gambar, kita dapat melihat trim GT Line yang menerima elemen sporty tambahan seperti lampu depan diletakkan menegak dan menerima DRL LED yang menarik.

Terdapat juga bahagian air intake di bahagian bampar, tetapi hanya bahagian tengah yang benar-benar berfungsi dan diapit oleh beberapa air intake palsu.

Bahagian belakangnya menerima lampu belakang LED baharu yang disambungkan oleh bar lampu LED di kedua-dua sisi dan memandangkan ini ialah Picanto GT Line, ia turut menampilkan diffuser belakang palsu.

Meskipun bahagian luarannya telah direka semula secara agresif, bahagian dalamnya masih kelihatan serupa seperti versi sedia ada.

Bagaimanapun, maklumat lain seperti spesifikasi lengkap termasuk trenkuasa Picanto ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Picanto pernah dijual di Malaysia sebelum ini namun kini tiada lagi kerana Kia hanya menjual Kia Carnival, Kia Sorento dan Kia EV6 di Malaysia. Wajarkah Picanto kembali?

BACA >>> Edisi Khas Shadow Ada di UK, Harga RM78k! Apa Khabar Kia Picanto Malaysia?
BACA >>> Kia Picanto Facelift Spesifikasi Eropah Tawar Enjin 1.0L Turbo, NA dengan Transmisi AMT

 SUMBER: Rush Lane

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV6, EV9, Global, Kia, Kia Picanto GT Line (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev