Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Foto Daihatsu ‘Sirion Myvi’ Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia
Auto Terkini

Foto Daihatsu ‘Sirion Myvi’ Dikesan di Indonesia, Selamat Diimport dari Malaysia

Han OthmanBy Han Othman08/02/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAIK saja Perodua melancarkan Myvi serba baharu, terus saja tercetus spekulasi mengenai bakal kehadiran model baharu Daihatsu Sirion di Indonesia. Apatah lagi Perodua memang sudah direkrut Daihatsu sebagai wakil pemasang dan pembuat model-model jenama tersebut untuk pasaran negara jiran itu.

BACA >>> Perodua Myvi (2018) – Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

Berita paling terbaru ialah tersiarnya foto bocor Sirion berwajah Myvi baharu yang siap dengan logo Daihatsu. Foto Myvi @ Sirion warna ungu (Mystical Purple) itu kini sedang berlegar di ruang maya. Berdasarkan foto, memang dapat disahkan Sirion versi Indonesia adalah model rebadge Myvi Malaysia hampir 99 peratus sama. Apa yang berbeza ialah logo saja.

JENIS VARIAN TIDAK DIKETAHUI

perodua myvi baharu 2018

Bagaimanapun, jenis varian yang akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui. Namun, seandainya varian Sirion premium menyamai Myvi Advance di Malaysia, model itu bakal menjadi satu-satunya model yang menampilkan ciri paling premium dalam segmen tersebut di Indonesia. Apa tidaknya, Myvi premium dilengkapkan ciri 4 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Signal Henti Kecemasan (ESS), dan amaran tali keledar (inipun termasuk ciri premium?)

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

Malah, Myvi turut disertakan ciri masukan tanpa kunci, penyaman udara digital, stereng kulit, bilah pengelap automatik, dan butang tekan mula, termasuk menampilkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) dan meraih rating 5 bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP.

Namun, ramai kalangan pembeli Indonesia menjangka ‘Sirion Myvi’ itu akan ‘disunatkan’, yakni dikurangkan spesifikasi asal. Kalau benar pun menyamai spesifikasi Myvi, harganya pasti akan melambung tinggi. Apatah lagi model-model Sirion itu dibawa secara CBU dari Malaysia, iaitu dipasang keseluruhannya di kilang Perodua.

Malaysia sangat beruntung, kata mereka. Sama saja seperti orang Malaysia yang katanya Indonesia lebih beruntung. Harap semua dapat bertenang.

Astra Daihatsu Motor Auto Terkini Daihatsu Daihatsu Sirion (2018) hathcback Perodua Myvi (2018) Roda4 Segmen B
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026

4 Comments

  1. Ahmad on 08/02/2018 10:12

    Indonesia beruntung kerana menggunakan logo daihatsu.. maka ramailah pemilik myvi malaysia akan menukar logo perodua kpd logo daihatsu..

    Reply
  2. Anti macai on 08/02/2018 13:51

    Macai

    Reply
  3. Man on 08/02/2018 21:10

    Mana nak tempah logo daihatsu sirion? Nak pasang kat perodua myvi baru beli ni..

    Reply
  4. Sayang Myvi on 10/11/2019 22:15

    Patutla mayvi 3rd gen ni nampak buruk dan lagi kecil, rupanya designer malaysia yang buat.. harap 4th gen myvi japun sambung buat balik

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.