• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Acah Mazda3 Turbo (2021), Debut Hujung Tahun Ini dengan Enjin 2.5L, 250hp

Foto Acah Mazda3 Turbo (2021), Debut Hujung Tahun Ini dengan Enjin 2.5L, 250hp

July 16, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


MAZDA baru saja mengumumkan debut Mazda3 Turbo dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang akan dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 2.5L Turbo berkuasa 250hp dan tork 434Nm dengan bahan api RON93.

Spesifikasi Mazda3 dengan dua enjin aspirasi natural (NA) ialah 4-silinder 2.0L berkuasa 155hp, dan 4-silinder 2.5L berkuasa 186hp.

BACA >>> #PanduUji: Segala yang Seksi Tentang Mazda3 Hatchback

Mazda3 Turbo akan ditawarkan dalam versi sedan dan hatchback, serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan, sekali gus meletakkan model ini sebagai varian atasan dalam famili Mazda3. Selebihnya tiada penambahbaikan dilakukan terhadap suspensi, casis dan brek.

Perbezaan ditawarkan juga tidak begitu banyak berbanding versi enjin aspirasi natural (NA). Hanya ada lencana Turbo dan hujung ekzos lebih besar. Versi sedan akan menampilkan gaya bampar depan berbeza dengan gril jejaring hitam.

Pakej Premium Plus menawarkan kerusi kulit, sistem navigasi, brek kecemasan belakang automatik, brek lintas belakang, kamera 360ยบ, sensor parkir depan/belakang, sistem kawalan wayarles HomeLink dan Bantuan Sesak Lalu Lintas.

Ciri standard lain dimiliki Mazda3 Turbo ialah unit infotainment 8.8 inci dengan sambungan Bluetooth dan audio, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, input USB dan kunci pintar Mazda Advanced Keyless Entry.

Sebagai perbandingan, Volkswagen Golf GTI dijana enjin 2.0L pengecas turbo berkuasa 228hp dan tork 350Nm. Honda Civic Si pula dipacu enjin 1.5L pengecas turbo berkuasa 205Nm. Kedua-dua model pesaing ini turut menawarkan versi NA.

Mazda3 Turbo dijangka berada di pasaran menjelang penghujung tahun ini, tetapi tiada tanda harga didedahkan.

BACA>>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?

SUMBER: MazdaUSA

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hatchback, mazda, Mazda USA, Mazda3 turbo, Mazda3Turbo, Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

๏ปฟ KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

๏ปฟ SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 โ€“ 2022 ยฉ PanduLaju.com.my