Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Legenda Rali Ford RS200 (1986) Berkuasa 250hp Mahu Dijual
Roda4

Legenda Rali Ford RS200 (1986) Berkuasa 250hp Mahu Dijual

Abang HirataBy Abang Hirata05/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN automotif di Britain memang dinamik sejak dulu lagi yang menjadi lokasi banyak jenama kenderaan dilahirkan. Hari ini negara Eropah itu juga menjadi ibu pejabat tuner sukan permotoran daripada rali hingga ke Formula Satu (F1).

Dengan dinamika tersebut, banyak khazanah model ikonik tersimpan yang menunggu untuk ditemui orang ramai. Terbaharu, Silverstone Auction akan menganjurkan Race Retro pada hujung minggu 21-22 Februari yang menghimpunkan model ikonik dunia.

BACA >>> Ford Mustang GT500 Eleanor dalam Filem ‘Gone in 60 Seconds’ Akan Dilelong

Salah satu model itu ialah Ford RS2000 dengan jarak pemanduan 1,923km (1,195 batu) sahaja. Jika diimbas semula, kategori Group B dalam lumba rali masih menggerunkan kerana mempertaruhkan kereta bersaiz kompak, tetapi memiliki prestasi luar biasa hingga memaksa badan sukan lumba itu menamatkan kategori tersebut pada 1986 selepas empat bermusim berlangsung.

Kemeriahan Group B sempat dirasai di luar litar apabila pengeluar perlu membina 200 unit homologasi untuk jualan awam sebagai syarat bertanding. Jadi, Ford membangunkan RS200 versi pacuan empat roda untuk menyaingi Audi dan Peugeot.

Satu daripada 200 unit RS200 kini dibuka untuk bidaan dengan nombor pengeluaran 184. Unit tersebut asalnya dimiliki prinsipal pengedar dan hanya ditayangkan di bilik pameran selama tujuh tahun. Pada 1993, barulah unit itu didaftarkan dengan nombor L20 ORS.

BACA >>> #Spyshot: Ford Puma ST Dikesan Sedang Dipandu Uji

Walaupun sudah berusia, kereta itu dipandu tidak sampai 2,000km sejak mula dibeli. Pemilik asal memutuskan mahu melepaskan model legenda tersebut, yang juga kali kedua kereta itu bertukar tangan.

Dari segi spesifikasi, RS200 dipacu enjin 1,803cc Turbo Ford-Cosworth ‘BDT’ berkuasa 250hp. Luar badan berwarna Diamond White dengan tayar OE (original equipment) Pirelli P700 225/50/VR16 yang dipadankan rim aloi lapan rongga Speedline 8 inci.

BACA >>> Ford GT ’67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967

Kit alatan masih lagi lengkap, termasuk fail khas yang menghimpukan brosur jualan, manual servis dengan logo RS200 dan manual peralatan. Harga belum pasti, tetapi dianggarkan £175,000 – £225,000 (RM939,000 – RM1.2 juta). Ada berani?

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom – Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

GALERI
Ford Ford RS200 Ford RS200 (1986) Kereta Legenda Rali lelong rali Silverstone Auction
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.