Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford, Domino’s Uji Kereta Hantar Pizza Sendiri
Roda4

Ford, Domino’s Uji Kereta Hantar Pizza Sendiri

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERJA penduduk bumi hari ini yang melibatkan fizikal nampaknya sedikit demi sedikit mula diambil alih robot dan program komputer. Situasi membabitkan teknologi kepintaran buatan (AI) memang sedang jadi perbualan hangat dunia, terutama kalangan saintis dan usahawan teknologi maklumat.

Malah, beberapa pengeluar automotif dunia juga rancak menguji kenderaan pandu automatik masing-masing, dan Ford Motor Company (Ford) juga tidak terkecuali.

BACA >>> Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

KERETA HANTAR PIZZA

Kini, dalam usaha mengorak langkah lebih jauh untuk mengutip data daripada dunia sebenar, Ford buat kali pertama bekerjasama dengan syarikat makanan terkenal dunia, Domino’s Pizza. Kerjasama berkenaan adalah salah satu usaha Ford untuk memahami peranan yang dapat dimainkan kenderaan pandu automatik dalam servis penghantaran pizza.

Terasa macam April Fool pula, tetapi sekarang bulan Ogos kan?

Pasukan penyelidik kedua-dua syarikat akan membuat kajian terhadap maklum balas pelanggan berhubung interaksi dengan kenderaan pandu automatik. Kajian sebegitu sangat penting dalam memahami tanggapan pelanggan terhadap kaedah penghantaran seperti itu pada masa hadapan.

BACA >>> Tiada Pemandu, Tiada Masalah – Bas Pandu Automatik Kini di Ibu Kota Finland

SERIUS BANGUNKAN KERETA AUTOMATIK

Teknologi pandu sendiri atau automatik bukanlah perkara main-main kerana Ford sememangnya ada perancangan untuk mengeluarkan kenderaan dengan teknologi tersebut menjelang 2021. Sebenarnya, bukan saja Ford, tetapi Domino’s Pizza turut memasang hasrat menggunakan kenderaan pandu automatik sebagai medium perkhidmatan penghantaran pizza.

Jika menjadi realiti, walaupun penduduk bumi masa akan datang mungkin tidak dihidangkan kereta terbang, sebaliknya kereta yang boleh memandu sendiri! Misteri dan berdebar juga kalau pesan pizza, tetapi si runner yang menghantar ialah kereta tanpa pemandu.

 

 

Domino's Pizza Ford kereta hantar pizza kereta pandu sendiri Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.