• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tiada Pemandu, Tiada Masalah - Bas Pandu Automatik Kini di Ibu Kota Finland

Tiada Pemandu, Tiada Masalah - Bas Pandu Automatik Kini di Ibu Kota Finland

June 17, 2017 By AO Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN kejayaan ujian perjalanan, ibu kota Helsinki di Finland mengumumkan rancangan memulakan perkhidmatan transit awam secara kerap dan berjadual menggunakan bas pandu automatik.

Dipanggil RoboBusLine, perkhidmatan berkenaan akan dimulakan musim luruh (penghujung Ogos) nanti sebagai sebahagian daripada anjakan fasa eksperimen yang sudah dilakukan berkali-kali sebelum ini. Walaupun masih tiada perincian diumumkan, tetapi laluan dan jadual perjalanan akan diumumkan tahun ini juga.

SELESAIKAN MASALAH TRANSIT

RoboBusLine-bas-pandu-sendiri-finland-3
RoboBusLine-bas-pandu-sendiri-finland-4
RoboBusLine-bas-pandu-sendiri-finland-1
RoboBusLine-bas-pandu-sendiri-finland-2

Usaha itu adalah susulan daripada tempoh ujian yang menyaksikan dua bas mini elektrik, EasyMile EZ10 digunakan untuk membawa penumpang atas laluan lurus sejauh 402 meter pada kelajuan 11kmj di daerah Hernesaari dalam Helsinki.

Ujian kemudian dilakukan di beberapa bandar seperti Espoo dan Tampere, sebelum kembali semula ke Helsinki yang mana digunakan untuk mengangkut penumpang antara Zoo Helsinki dan pulau Mustikkamaa.

Menariknya, Helsinki tidak melihat bas pandu automatik itu sebagai pengganti pengangkutan awam tradisional sedia ada. Sebaliknya, sebagai penyelesaian kepada isu pengangkutan transit awam. Ini kerana, bas-bas autonomi tersebut boleh digunakan untuk mengambil 9 penumpang pada satu-satu masa dari hentian transit awam biasa dan terus ke rumah mereka, sekali gus mengurangkan jumlah kereta dipandu memasuki ibu kota.

LEBIH MESRA ALAM, JIMAT BAHAN API

bas-shuttle-mid-valley
bus-shuttle-ikea-ikano
bas-feeder-mrt

Agak menarik idea pengangkutan awam Finland bukan? Kalau di Kuala Lumpur, bas pandu automatik ini adalah sama seperti bas ulang-alik atau shuttle yang beroperasi dalam jarak destinasi pendek dan spesifik saja.

Misalnya, bas shuttle Mid Valley atau IKEA yang mengambil penumpang dari mana-mana hentian pengangkutan awam dan dihantar ke pusat membeli-belah tersebut. Begitu juga bas-bas perantaraan atau feeder Transit Aliran Massa (MRT) yang beroperasi mengangkut penumpang ke stesen-stesen MRT di sesebuah kawasan sekitar Lembah Klang.

Bezanya, bas pandu automatik di Finland lebih mesra alam dan kompak kerana tidak menggunakan bahan api fosil seperti diesel. Malah, beroperasi tanpa pemandu! 😀

SUMBER: Car Scoops
107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bas, bas pandu automatik, bas pandu sendiri, Finland, Helsinki, pangangkutan transit, pengangkutan awam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my