Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Finja 500 – Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa
Roda2

Finja 500 – Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/11/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI CHINA, apa saja rekabentuk produk boleh dibikin kerana undang-undang plagiat dan hak cipta di sana sangat longgar. Sudah banyak produk automotif sama ada dua roda dan empat roda menjadi mangsa ciplak di republik komunis itu.

Walaupun pengilang automotif China didapati bersalah melakukan aktiviti plagiarism dalam rekabentuk, termasuk berdepan tuntutan undang-undang dunia, nampaknya itu semua langsung tidak membuatkan mereka serik. Malah masih meneruskan trend sama.

Jika September lalu, BMW S1000RR menjadi mangsa syarikat motosikal Moto menerusi model  S450RR, terbaharu muncul pula pengeluar tempatan lain menggunakan konsep sama dengan meniru produk sedia ada di pasaran.

Model diperkenalkan itu ialah Finja 500 yang sekali pandang mirip superbike Kawasaki Ninja ZX-10R, tetapi dengan trenkuasa berbeza. Persamaan yang boleh dicam ialah rekaan lampu depan dan belakang.

Malah grafik dan warna badan Finja 500 turut meniru ZX-10R, cuma tidak sekemas versi original yang tertera lencana ‘Finja’ pada fairing sisi. Lampu depan boleh dikatakan 80 peratus mirip ZX-10R, dan apa yang tidak sama ialah LED dan cermin lampu. Begitu juga rekaan belakang tirus dan bentuk lampu sama dengan sportbike Jepun tersebut.

Pemuka tengah hendal memiliki rekaletak sama, tetapi berbeza antara muka elektronik. Dijana enjin dwi-silinder 500cc, Finja 500 dikatakan berkuasa 50hp. Perbezaan lain dapat dilihat pada paip ekzos dan bahagian roda yang dipadankan tabung minyak pada fork terbalik (USD) dan ciri Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS).

ZX-10R versi bajet itu dianggarkan berharga kira-kira RM8,000 sahaja.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-10R KRT (2020) Tiba di Vietnam, Harga RM104k
BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Penjagaan Wiper Supaya Tahan Lama

Finja 500 Kawasaki kawasaki zx-10r roda2 Sportbiike superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    2 Comments

    1. TheCleanerX on 19/11/2020 14:51

      8k? Ada yg bawak masuk Malaysia X🤣 Finja pun Finja la… Nanti tepek decal Kawasaki, bukan pompuan kenal🤣 dapat sangkut awek ni….

      Reply
    2. rmand on 02/12/2020 07:25

      Ok sgt ni….yg penting gaya…kelajuan & ketahanan blkg citer…sdgkn naza blade bley convert ke panigale…ni bli dh dpt yg dh siap…murah plk tu….murah dri y suki….kikikiki

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.