• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Penjagaan Wiper Supaya Tahan Lama

#ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Penjagaan Wiper Supaya Tahan Lama

July 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pemandu kurang mengambil berat tentang wiper. Namun jangan ambil mudah kerana alat pengelap cermin itu adalah komponen paling penting apabila memandu ketika hujan.

Berdasarkan survei Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), bilangan pemandu Malaysia yang menganggap wiper sebagai salah satu komponen kereta paling penting meningkat kepada 94 peratus tahun ini berbanding  70 peratus pada 2018.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?

Berikut 5 tip mudah memilih dan menjaga wiper supaya dapat bertahan lama dan berfungsi baik:

1. PILIH JENAMA DIPERCAYAI

Bosch Malaysia Prihatin
wiper-bosch

Pilihlah jenama dipercayai yang melakukan ujian kualiti, ketahanan dan jangka hayat wiper.  Jenama dipercayai biasanya melakukan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan wiper yang mampu bertahan dengan kondisi cuaca berbeza dan memberikan prestasi terbaik dalam jangka masa lama.

2. CECAIR ANTI-HUJAN BUKAN PENGGANTI WIPER

Salah faham umum, jika cermin depan disapu cecair atau lilin anti-hujan bermakna tidak perlu lagi menukar wiper kerana jarang digunbakan.  Faktanya, lapisan anti-hujan ini boleh menyebabkan lebih banyak bahaya kerana menyumbang kepada permukaan wiper tidak rata, termasuk mempengaruhi kualiti dan jangka hayat wiper, serta menimbulkan kesan kabus.

Kesan kabus pada kaca depan dengan bahan anti-hujan memerlukan masa lebih lama untuk hilang selepas setiap kitaran mengelap, dan juga boleh berisiko menyukarkan pandangan ketika memandu malam. Sebagai perbandingan, cermin depan tanpa sapuan cecair anti-hujan boleh menyingkirkan sebarang bendasing atau kotoran hanya dengan sekali pusingan wiper.

Melabur dalam set wiper berjenama baik dan dipercayai adalah lebih baik daripada menghabiskan wang untuk mendapatkan produk tambahan seperti cecair anti-hujan.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?

3. PASTIKAN CERMIN DEPAN BERSIH

cermin depan kotor
wiper-windscreen-kotor

Wiper adalah komponen murah dan mudah ditukar sendiri berbanding komponen kereta lain. Cuaca, bendasing seperti debu dan habuk boleh mempengaruhi prestasi dan jangka hayat wiper. Jadi anda perlu mempunyai tabiat yang baik seperti menjaga kebersihan cermin depan, dan melakukan pemeriksaana berkala sebelum dan selepas memandu dalam hujan. Ini dapat membantu memanjangkan jangka hayat dan menjaga prestasi bilasan wiper.

Ada menanggap wiper perlu ditegakkan pada hari panas supaya tidak rosak dek bahang. Betul, tetapi tidaklah memberikan kesan signifikan. Malah tabiat itu boleh merosakkan spring lengan wiper, sekali gus menjejaslan proses mengelap dan memerlukan kos baik pulih lebih mahal.

4. PERIKSA WIPER 6 BULAN SEKALI

man hand picking up windscreen wiper
cuci-wiper

Tip asas penjagaan, terutama kepada pemandu baharu, jadikan tabiat memeriksa wiper setiap enam bulan sekali. Perhatikan sama ada wiper anda sudah keras, lusuh atau koyak yang memerlukan ia ditukar baharu. Ingat, penyenggaraan asas dan penjagaan kenderaan akan memberikan ketenangan ketika memandu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali

5. TUKAR WIPER JIKA ADA SIMPTOM INI...

Seperti seperti komponen lain, wiper juga akhirnya akan haus disebabkan rutin penggunaan, pengaruh sekeliling, kesan kotoran, dan bendasing seperti daun dan serangga yang melekap pada kaca depan. Serangga mati, atau tahi burung yang atas cermin juga mampu mempercepat kehausan wiper.

Perhatikan garis air, tompok dan kawasan yang tidak dapat dilap rata. Jika ada, itu tandanya wiper anda perlu ditukar baharu.

Disebabkan sekarang musim hujan, pastikan wiper diperiksa dan diganti baharu jika perlu. Menjaga wiper dengan baik akan menjadikan pemanduan anda selamat, selesa dan lancar.

BACA >>> #TahukahAnda: Masalah Flat Spot Kenapa Tayar Boleh Kempis Kalau Diparkir Lama?
BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?

Artikel Berkaitan

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, Bilah Pengelap Cermin, cara pilih wiper kereta, pengelap cermin hadapan, wiper, wiper bosch, wiper kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my