Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Siap Sedia Gubal RUU Siasatan Kemalangan Jalan Raya yang Lebih Adil
Auto Terkini

Filipina Siap Sedia Gubal RUU Siasatan Kemalangan Jalan Raya yang Lebih Adil

ShawkathBy Shawkath08/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PERKARA paling ditakuti mana-mana pemandu adalah terlibat kemalangan besar. Namun di Filipina, situasi seperti itu lebih menakutkan jika kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera atau maut.

Ini kerana pemandu negara itu akan ditahan dan disalahkan walaupun mungkin dia memandu dengan baik dan mematuhi peraturan jalan raya.  Nampaknya situasi itu bakal berakhir kerana ada ahli politik berhasrat mahu memperbetulkan isu tersebut.

Ahli Kongres, Mario Vittorio A Marino dari Daerah Kelima Batangas memfailkan semula Akta Siasatan Adil Kemalangan Jalan Raya dan Akauntabiliti di Dewan Rakyat. Berdasarkan laporan, usaha dilakukan dibuat sebelum ini kurang mendapat sambutan wakil rakyat.

Tujuan Rang Undang-Undang (RUU) adalah menyediakan ‘respons berkualiti ketika kemalangan jalan raya dan siasatan adil nahas jalan raya selari standard domestik dan antarabangsa’.

SIAPA RESPONDER UTAMA?

Berdasarkan RUU itu, Polis Kebangsaan Filipina (PNP), Pihak Berkuasa Pembangunan Metro Manila (MMDA), biro trafik tempatan dan mana-mana penguatkuasa trafik serta undang-undang akan menjadi responder awal atau pertama.

PNP akan menjadi agensi utama menjalankan siasatan kemalangan dan bertanggungjawab menghantar wakil unit siasatan trafik terlatih atau pegawai ke lokasi. Kumpulan Peronda Lebuhraya PNP (HPG) pula tidak dianggap responder awal dalam RUU tersebut dan tidak perlu ke lokasi melainkan situasi seperti dinyatakan ini:

  • Kemalangan mewujudkan ancaman kepada pengguna lain
  • Aliran trafik terhalang
  • Jalan perlu ditutup
  • Berlaku pelbagai kesalahan pemanduan
  • Apabila pihak terlibat dalam kemalangan enggan beri kerjasama

BACA >>> Denda RM125, 3 Hari Kerja Komuniti Jika Tak Pakai Ves Pemantul Cahaya di Filipina
BACA >>> Filipina Mansuh Syarat Wajib Pakai Jaket Reflektif

MENCARI KEADILAN

Satu kenyataan bersumpah atau afidavit bertulis dan butiran untuk dihubungi kedua-dua pihak terlibat kemalangan akan diserahkan kepada polis yang mempunyai bidang kuasa berhubung nahas tersebut. Tujuannya, mencapai keadilan dan memastikan akauntabiliti.

Responder pertama dan/atau unit, atau pegawai penyisat trafik akan membuat penilaian awal mengenai pihak yang bersalah.

Penentuan akhir mencari pesalah juga akan ditentukan selepas meneliti rakaman video daripada kamera pemuka (dashcam), kamera aksi dan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Andaian bersalah hanya dibuat jika pemandu kenderaan empat roda didapati memandu bawah pengaruh (bahan mengkhayalkan), tiada lesen atau lesen memandu tamat tempoh, melakukan kesalahan trafik berat, lari dari tempat kemalangan, atau tiada Resit Rasmi (OR) atau Sijil Pendaftaran (CR).

Resit Rasmi
Sijil Pendaftaran

Anggapan bersalah juga dibuat jika kes itu membabitkan kenderaan utiliti awam (PUV), dan tiada Sijil Kemudahan Awam atau francais.

MANGSA JUGA AKAN DISIASAT

Dalam RUU terbaharu itu, mangsa juga tidak terlepas daripada siasatan dalam situasi seperti berikut:

  • Jika cedera tidak menggunakan laluan pejalan kaki atau simpang ketika melintas.
  • Jika mangsa cedera melintas tanpa tidak menggunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas terdekat.
  • Jika mangsa cedera penunggang motosikal/basikal/kenderaan roda tiga tanpa memakai pakaian keselamatan jalan raya di lebuh raya persekutuan, dan tidak menunggang di laluan ditetapkan atau lorong paling kanan (rightmost lane), seiring standard antarabangsa.
  • Jika pemandu lain atau mangsa cedera/mati tidak berada di laluan betul ketika waktu sebenar kemalangan berlaku.

PEMANDU KENDERAAN AWAM

Operator atau pengendali PUV secara automatik bertanggungjawab terhadap kematian atau kecederaan penumpang jika:

  • Ada kerosakan dikesan pada PUV.
  • Cara pemanduan PUV.
  • Berlaku kecuaian atau niat sengaja daripada pekerja atau operator.

BACA >>> Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek

TEMPOH MASA SIASATAN

  • RUU juga bertujuan memastikan semua siasatan nahas jalan raya mesti lengkap dalam tempoh enam jam daripada laporan kemalangan berlaku.
  • Selepas laporan siasatan nahas diperiksa, Pendakwa Raya Inkues mesti menyediakan aduan, atau maklumat dalam tempoh enam jam selepas menerima laporan.
  • Jika tiada punca kemungkinan bersalah dikesan, Pendakwa Raya Inkues perlu mengarahkan pemandu disyaki dibebaskan daripada tahanan.
  • Tiada sesiapa boleh dipaksa menanggung kos perubatan/hospital atau perbelanjaan lain untuk kecederaan dialami akibat nahas.
  • Tiada sesiapa juga boleh  ditahan akibat nahas jalan raya besar dalam tempoh tidak lebih 12 jam bermula siasatan.
  • Tiada sesiapa atau mana-mana pihak boleh ditahan kerana kemalangan kecil.
  • Kedua-dua pihak dibenarkan berunding mencari penyelesaian, tetapi jika gagal, seorang pegawai penyiasat trafik perlu menyatakan fakta dalam laporan kemalangan jalan raya dan merujuk kes kepada Barangay (pihak pentadbiran) yang memiliki bidang kuasa mengeluarkan Sijil Memfailkan Tindakan.

BACA >>> Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
BACA >>> Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya
BACA >>> Filipina Perkenal Mesin Buat Nombor Plat Kedua, Khas untuk Motosikal
BACA >>> Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina

SUMBER: Autoindustriya | Philkotse

autoterkini Filipina Mario Vittorio A. Marino Rang Undang-Undang (RUU) RUU Akta Siasatan Adil Kemalangan Jalan Raya dan Akauntabiliti
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.