• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Denda RM125, 3 Hari Kerja Komuniti Jika Tak Pakai Ves Pemantul Cahaya di Filipina

Denda RM125, 3 Hari Kerja Komuniti Jika Tak Pakai Ves Pemantul Cahaya di Filipina

June 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

884
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BANDAR Baguio di Filipina terkenal dengan suasana cuaca sejuk dan laluan mencabar, salah satu destinasi kegemaran ramai penunggang motosikal dari Manila.

Bagaimanapun, penunggang motosikal atau peserta konvoi yang mahu menuju destinasi itu wajib memakai ves pemantul cahaya. Jika berdegil, mereka boleh kena denda sehingga 1,500 peso (RM125) termasuk melakukan kerja-kerja komuniti.

BACA >>> Belanda Haramkan Penunggang Motosikal Pakai Jaket, Helmet Berlampu
BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

Ini disebabkan Wilayah Benguet (bandar Baguio terletak di dalamnya) sudah meluluskan Ordinan Wilayah No. 2022-302 yang mensyaratkan semua penunggang motosikal, basikal, basikal tiga roda dan basikal elektrik untuk memakai ves pemantul cahaya.

BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi

Tujuannya untuk membolehkan penunggang lebih mudah dilihat pada setiap masa. Ordinan itu sudah berkuat kuasa sejak 23 Mei 2022.

Seksyen 3 Ordinan itu menyatakan:

  • Semua pemandu, penunggang dan pembonceng motosikal, basikal roda tiga, e-basikal dan basikal harus memakai ves visibiliti tinggi semasa kembara.
  • Wajib untuk perjalanan atau trip jarak jauh mahupun dekat.
  • Pemakaian wajib di sepanjang wilayah, perbandaran dan laluan barangay dalam Wilayah Benguet dan di sepanjang lebuh raya kebangsaan di bawah perundangan wilayah.

DENDA

Ordinan itu merangkumi penduduk tempatan, pelancong dan juga mereka yang melalui wilayah berkenaan. Mereka yang tidak patuh boleh dikenakan didenda seperti berikut:

  • 500 peso (RM41.50) kesalahan kali pertama
  • 1,000 peso (RM83) kesalahan kedua
  • 1,500 peso (RM125) atau 3 hari khidmat masyarakat kesalahan ketiga

SUMBER: MotoPinas

884
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Baguio, PBT Filipina, Peraturan Ves Pemantul Cahaya, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my