Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari KC23 – Model Khas Ilham Jentera Lumba 488 GT3 Evo 2020, Ambil Masa 3 Tahun Siap!
Roda4

Ferrari KC23 – Model Khas Ilham Jentera Lumba 488 GT3 Evo 2020, Ambil Masa 3 Tahun Siap!

Abang HirataBy Abang Hirata01/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda? Melalui khidmat one-off, pelanggan kini boleh menempah sebuah Ferrari tanpa unit kedua atau ringkasnya, unit khas yang dikeluarkan untuk individu itu sahaja.

Contoh terbaru siri one-off boleh dilihat pada Ferrari KC23 yang dibuat khas buat seorang individu yang juga salah seorang pengumpul utama Ferrari.

Menariknya, Ferrari KC23 dibuat sebagai bayangan ekstrem jentera lumba masa depan berbanding model jalanan. Unit terbaharu ini direka Ferrari Styling Centre diterajui Flavio Manzoni.

Bagi menepati objektif projek, Ferrari KC23 berkongsi komponen dengan model lumba Ferrari 488 GT3 Evo (2020) seperti platform, casis dan enjin.

Ferrari 488 GT3 (2016)

Ferrari 488 GT3 diguna untuk bersaing di litar sejak 2016 dengan meraih lebih 530 kemenangan dan menjuarai lebih 119 kejuaraan yang menjadikan model itu sebagai jentera Ferrari paling berjaya dalam sejarah.

Sejak awal lagi dan dengan persetujuan pelanggan, Ferrari Styling Centre menumpukan kepada penghasilan kereta one-off radikal tanpa terikat kepada peraturan homologasi bersama gaya malar segar (timeless) dan pada masa sama memberi bayangan sebuah supercar masa depan.

Matlamat mencabar itu memerlukan badan Ferrari 488 GT3 Evo (2020) direka semula termasuk cermin dan kluster lampu. Hasil akhir Ferrari KC23 memang mengagumkan dengan gaya radikal, dan spoiler tinggi, tetapi masih lagi sebuah Ferrari.

Seperkara menarik, beberapa fungsi teknikal kereta disorokkan, terutama ambilan udara sisi yang dibuka automatik apabila enjin V8 turbo kembar dihidupkan.

Spoiler tinggi bukan sinonim bagi model jalanan Ferrari, dan boleh ditanggalkan untuk imej lebih kemas dan bersahaja (foto atas kiri).

Tanpa spoiler, Ferrari KC23 sudah sedia agresif dengan lip depan, skirt sisi dan difuser belakang. Bayangkan model ini dibibin dalam warna Ferrari Red!

Dari segi daya mendap dan penyejukan, pasukan pereka Ferrari bekerja keras mengekalkan prestasi kereta asal walaupun gaya Ferrari KC23 langsung berbeza.

Panel badan dibangunkan bersama kinematik buatan khas yang diaktifkan automatik sebaik saja enjin dihidupkan. Contohnya, di belakang roda depan atau fender, ada panel terbuka untuk meningkatkan daya mendap depan bagi mengimbangkan kereta.

Panel belakang atau bahu badan pula memberikan aliran udara kepada unit intercooler dan beberapa komponen lain, termasuk enjin. Kedua-dua panel dapat dilihat pada foto Ferrari KC23 dengan spoiler.

Pintu rama-rama dibuka menegak melalui engsel tunggal di depan, juga cara sama seperti Ferrari LaFerrari. Bonet jenis clam-shell pula dapat dibuka mudah menggunakan dua pin saja.

Lampu Ferrari KC23 tampil berbeza dan menonjolkan imej baharu, terutama lampu belakang yang menggunakan bilah nyala metakrilat yang diilhamkan daripada Ferrari Vision Gran Turismo.

Satu lagi menonjol adalah permukaan kaca atau cermin yang disepadukan dengan badan tanpa pilar, frem dan kedapan (seal) yang nampak seakan sebuah pesawat.

Tanpa warna Ferrari Red, Ferrari KC23 menggunakan warna Gold Mercury dengan cat aluminium empat lapis yang dibuat khas. Warna itu memberi siluet badan menarik yang bertukar mengikut jenis dan sudut cahaya.

Jika bahagian luaran tampil radikal, bahagian kabin pula dibuat semirip mungkin dengan Ferrari 488 GT3 Evo (2020) kecuali panel pintu dan kemasan papan pemuka penumpang.

Kerusi khas dibalut material Alcantara dan ditemani palang rangka keselamatan. Pandangan belakang dibantu sistem kamera video yang direka seperti sepasang sayap kecil yang membantu aspek aerodinamik.

Set rim pula ada dua jenis, iaitu rim 18 inci untuk kegunaan trek, dan rim 21 inci depan dan 22 inci di belakang ketika dalam keadaan statik atau ketika ditayangkan di khalayak ramai. Bagaimanakah harga? Tidak dinyatakan dan pastinya luar biasa.

BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!

BACA >>> Ferrari SP48 Unica – Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia

BACA >>> Ferrari 296 GTS (2022) – Kembar 296 GTB Versi Konvertibel

Ferrari Ferrari 488 GT3 Evo Ferrari 488 GT3 Evo 2020 Ferrari KC23 Ferrari KC23 (2023) Roda4 Supercar One-Off
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

    26/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.