Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fast & Furious 8 Memang Gempak! 5 Sebab Wajib Tonton
Autotainment

Fast & Furious 8 Memang Gempak! 5 Sebab Wajib Tonton

Abang GYLBy Abang GYL13/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FAST & Furious 8 adalah antara filem paling dinanti-nanti ramai peminat. Sebelum ini francais The Fast and the Furious kelapan itu diuar-uarkan akan menggunakan judul The Fate of the Furious, tetapi mungkin sebab bimbang ramai terkeliru, jadi promosi dan iklan filem itu di Malaysia dibuat di bawah label Fast & Furious 8.

Saya mewakili PanduLaju bersama rakan media lain diberi peluang menjadi antara penonton terawal melayani tayangan perdana filem ini kelmarin. Memang seronok dan mengujakan. Di sini, saya senaraikan 5 sebab kenapa anda wajib menonton filem Fast & Furious 8:

1. PENUH AKSI

Sama seperti siri terdahulu, Fast & Furious 8 tidak lekang dengan pelbagai aksi menarik. Sejak awal cerita memang penuh dengan pelbagai aksi perlumbaan yang mampu meledakkan adrenalin anda.

2. KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Kisahnya, Dominic Toretto atau Dom (Vin Diesel) dan isteri, Letty Ortiz (Michelle Rodriguez) sedang asyik berbulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu, manakala kru lain bebas dan menjalani kehidupan baru. Namun, Dom dalam filem ini ditukarkan menjadi ‘budak jahat’ hingga memaksa dirinya mengkhianati beberapa rakan karib, termasuk isteri sendiri berikutan kemunculan seorang wanita misteri. Dari situ, anda akan terus bermain teka-teki kenapa Dom perlu membelot rakan karibnya sendiri. Siapakah wanita misteri itu? Jeng jeng jeng…

3. KENDERAAN MEWAH

Tidak sah kalau siri filem The Fast and the Furious tidak mempamerkan barisan kenderaan mewah yang serba menggiurkan. Kali ini, ada beberapa jenama mewah menghiasi Fast &Furious 8 seperti Bentley, Jeep dan Lamborghini. Semua kenderaan dalam filem ini mampu membuatkan anda gigit bibir kerana sukar memilikinya, apatah lagi mahu berlumba sesuka hati begitu saja.

4. KELAKAR SECUKUP RASA

Sejak awal cerita, anda pasti tidak kering gusi dengan pelbagai telatah Tyrese Gibson yang memegang watak Roman Pearce dan Lodacris sebagai Tej, termasuk gelagat bayi yang menjadi anak kepada Dom.

5. TEKA-TEKI DAN PENUH KEJUTAN

Semasa menonton filem ini, anda akan tertanya-tanya, apakah yang berlaku selepas ini? Banyak insiden yang sukar diduga dan penuh kejutan. Senang cerita, pergi sajalah tengok wayang!

6. WAJIB TONTON

Selepas menonton Fast & Furious 8, saya bagi 5-bintang. Nak tahu kenapa? Pastikan tidak terlepas menonton filem penuh aksi mendebarkan ini. Ia memang berbaloi ditonton buat anda yang gemarkan filem aksi padat dan perlumbaan.

Fast & Furious 8 filem filem Hollywood filem perlumbaan The Fast and The Furious
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.