Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ezpeleta: MotoGP 2020 Mungkin Batal Jika Situasi Covid-19 Tidak Reda
Roda2

Ezpeleta: MotoGP 2020 Mungkin Batal Jika Situasi Covid-19 Tidak Reda

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SITUASI Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 masih lagi belum jelas berikutan pertambahan kes Covid-19 seluruh dunia, terutama di negara penganjur. Apakah nasib perlumbaan itu tahun ini kerana masa yang berbaki kini belum tentu dapat menamatkan pusingan perlumbaan yang ditangguhkan?

Segalanya bermula pada perlumbaan pertama di GP Qatar yang terpaksa dibatalkan berikutan penguatkuasaan ketat diambil Doha, awal Mac lalu. Qatar memutuskan untuk mengetatkan kemasukan pelancong dari Itali dan Jepun dengan menetapkan syarat kuarantin hingga 14 hari.

Masa kuarantin yang terlalu lama memaksa Dorna cuma meneruskan aksi kelas Moto2 yang sudah berkampung di Losail sejak ujian pramusim, dan membatalkan perlumbaan kelas premier MotorGP.

BACA >>> Moto2: Nagashima Raih Podium Pertama Grand Prix, Hafizh Gagal Menyinar

Carmelo Ezpeleta

Tidak lama kemudian, situasi Covid-19 semakin meruncing dan berlanjutan kepada penangguhan perlumbaan lain seperti GP Thailand, GP Amerika, GP Argentina, dan dua GP Sepanyol (Valencia dan Jerez). Ini langsung membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Motosport, Carmelo Ezpeleta (foto atas kiri) pening kepala, dan begitu juga Persekutuan Motosikal Antarabangasa (FIM) di bawah Presiden Jorge Viegas.

Kedua-dua pihak sudah tentu berusaha keras menyusun jadual baharu perlumbaan MotoGP 2020 supaya 13 pusingan perlumbaan seperti termaktub dalam kontrak dapat direalisasikan. Ezpeleta sendiri menegaskan MotoGP boleh dimulakan jika wabak Covid-19 sudah reda. Namun pada masa sama memaklumkan kemungkinan kejuaraan itu dibatalkan.

BACA >>> Ezpeleta Beri Sebab Kenapa Kawasaki Tidak Boleh Masuk MotoGP Guna Wild Card?

Ezpeleta berkata;

Buat masa ini kami cuba buat apa yang termampu tanpa terlalu mengharapkan separuh musim kedua, terutama akhir musim ini. Jika kami perlu mengubah sesuatu (jadual) nanti, kami akan buat. Kami cuba berbincang dengan penganjur GP setiap litar dan apabila mereka memaklumkan berlaku kesulitan, maka kami tangguh, sama seperti GP Jerez.

“Kami juga berbincang dengan penganjur GP Le Mans, Perancis dan kemudian kami akan lakukan lagi dengan GP Mugello, Itali dan Catalunya, Barcelona. Jika semua sudah terlambat, maka kami harus batalkan kejuaraan (musim 2020), tetapi keputusan buat masa ini adalah menunggu semua keadaan pulih sebelum kami siap untuk memulakan perlumbaan,” katanya.

BACA >>> Alex Marquez Juara Pusingan Pertama Perlumbaan Virtual MotoGP di Itali

TIDAK MINAT TANGGUH MUSIM

Walaupun Ezpeleta pernah menyatakan MotoGP akan berlangsung akhir 2020 dan dilanjutkan ke tahun depan. Malah menyatakan beliau tidak berminat mahu melanjutkan jadual perlumbaan MotoGP hingga pertengahan musim sejuk.

Kita tidak boleh melanjutkan jadual perlumbaan terlalu jauh hingga musim sejuk. Mungkin kejuaraan tahun depan akan lebih singkat. Kami faham kondisi ketika ini, kami juga akan menilai apa yang harus dilakukan untuk kejuaraan musim berikutnya. Apa yang penting sekarang adalah pulih daripada semua masalah ini (Covid-19) dengan segera,” katanya.

Selain itu, Dorna turut memikirkan situasi ekonomi pasukan kecil yang terkesan akibat Covid-19. Ezpeleta menjelaskan;

Saya fikir semua perkara dan berbual dengan semua orang. Kami cuba bantu pasukan persendirian supaya mereka boleh bayar gaji. Ada kumpulan besar yang bekerja di padok dan kami perlu menyelamatkan setiap orang.

“Pasukan Moto2 dan Moto3 bercakap dengan kami mengenai keperluan mereka dan kami beri sumbangan €25,000 (RM118,440) setiap pelumba. Keputusan dibuat melalui IRTA (Persatuan Pasukan Lumba Antarabangsa). Dalam MotoGP kami juga cari penyelesaian untuk bayar gaji setiap orang.

“Tiada angka tetap untuk pelumba setiap pasukan. Kamu perlu fikir berapakah kos tetap setiap pasukan dan cuba bantu mereka sekurang-kurangnya tiga bulan,” katanya.

BACA >>> Alex Marquez Juara Pusingan Pertama Perlumbaan Virtual MotoGP di Itali

SUMBER: GPOne

2020 MotoGP Auto Terkini Carmelo Ezpeleta Covid-19 Dorna Dorna Sports FIM Jorge Viegas Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP MotoGP 2020 roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.