Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k
Aksesori

ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan X-Trail Tuned by IMPUL dengan pakej kit badan IMPUL baharu yang menjadikan model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tampak lebih agresif, sporty dan elegan.

Kit badan itu terdiri daripada pakej Aerokit IMPUL dwitona untuk bahagian depan, bampar belakang Aero, gril depan V-Motion hitam berkilat dan spoiler bumbung terpisah di belakang.

SUV ini turut dipasangkan rim IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18 inci dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6 untuk memastikan daya cengkaman lebih jitu sekali gus, membantu meningkatkan lagi prestasi pengendalian ketika pemanduan.

BACA >>> ETCM Umum Harga Baharu Kenderaan Nissan + Rebat, Jimat Hingga RM15k!

Ketinggian X-Trail direndahkan dengan talaan spring sport IMPUL supaya pemandu dapat menikmati respons pengalaman pemanduan lebih baik selain meningkatkan tahap kestabilan.

Ruang kabin X-Trail Tuned by IMPUL mendapat kemasan baharu dengan balutan material Nappa marun pada kerusi, material sintetik pada papan pemuka, pelindung lutut dan perehat tangan.

Harga pakej IMPUL ini cuma RM11,000 dan ditawarkan bersama bagi empat varian X-Trail iaitu:

  • 2.0L Hybrid  – RM168,451 (Semenanjung); RM170,951 (Sabah, Sarawak)
  • 2.5L 4WD – RM157,731 (Semenanjung); RM160,231 (Sabah, Sarawak)
  • 2.0L 2WD MID – RM150,643 (Semenanjung); RM153,143 (Sabah, Sarawak)
  • 2.0L 2WD – RM139,630 (Semenanjung); RM142,130 (Sabah, Sarawak)

* Harga termasuk pengecualian cukai tanpa insurans.

Bagi pelanggan atau pemilik X-Trail sedia ada yang mahukan pakej naik taraf ini, anda masih boleh membeli komponen IMPUL dengan harga seperti berikut:

  • IMPUL Aerokit (spoiler bampar depan, belakang dan skirt sisi) – RM5,600
  • Rim IMPUL Aura SX-50 18 inci – RM5,800
  • Tayar Continental ContiMaxContact MC6 (235/55 R18) – RM2,800
  • Spring sport IMPUL – RM1,100
  • Spoiler belakang (warna hitam berkilat) – RM800
  • Gril depan (warna hitam berkilat) – RM700

* Keseluruhan pakej ini berharga RM16,800.

Memandangkan X-Trail Tuned by IMPUL dipasangkan dari kilang, pembeli SUV ini diberikan jaminan standard selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Bagi pembeli aksesori pula, jangan bimbang kerana jaminan turut diberikan, iaitu 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana satu tiba dahulu).

BACA >>> Pelan Transformasi: Pengeluaran Nissan di Asean Akan Tumpu di Thailand

GALERI
aksesori Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL Pakej Kit Badan IMPUL Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.