Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Eropah Lancar Kawasaki Z900RS SE (2022) dengan Warna ‘Yellow Ball’
Roda2

Eropah Lancar Kawasaki Z900RS SE (2022) dengan Warna ‘Yellow Ball’

WahidBy Wahid18/08/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Eropah melancarkan Kawasaki Z900RS SE (2022) selepas pelancaran Z900RS (2022) (standard) pada Jun lalu.

Lencana ‘SE’ yang digunakan scrambler Kawasaki itu membawa maksud ‘Special Edition’ (Edisi Khas) dengan menampilkan beberapa ciri eksklusif dan speasifikasi seperti berikut:

BACA >>> Ducati Scrambler Nightshift Lancar di Malaysia, Harga RM65.9k!
BACA >>> Lifan Hunter 125 Jelmaan Ducati Scrambler Icon Kini di Thailand, Harga RM7.2k

  • Menampilkan Skema warna hitam-kuning, dipanggil ‘Yellow Ball’. Warna ini sebenarnya mula diperkenalkan pada model Z1 klasik 70-an dengan nama ‘Fireball’.
  • Ciri SE bukan saja terhad kepada warna. Brek depan menggunakan dwi-cakera semi-apung 300mm dengan  dwi-kaliper radial Brembo M4 monoblok 4-piston, manakala brek belakang jenis cakera tunggal 250mm dengan kaliper 1-piston.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm dengan damper mampatan dan lantunan (rcompression and rebound) dan boleh laras penuh (depan), manakala belakang jenis monoshock horizontal back-link Öhlins, juga boleh laras prabeban.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 16-injap  948cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi tsuntikan bahan api (FI) yang diadaptasi daripada naked bike Kawasaki Z900 dan ditala untuk tork lebih kuat pada rev lebih rendah.
  • Menghasilkan kuasa 109hp @ 8,500rpm dan tork 98.5Nm @ 6,500rpm, berbanding kuasa daripada enjin Z900 (123hp @ 9,500rpm, dan tork 98.6 Nm @ 7,700rpm).
  • Frem trellis keluli tegangan tinggi.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis basah multi-cakera.
  • Tinggi pelana 845mm, kapasiti tangki petrol 17 liter, berat kerb 215kg dan jarak lega bumi 140mm.
  • Antara teknologi moden dibekalkan ialah:
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) – Mengelak roda terkunci ketika membrek mengejut.
    • Klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) – memudahkan anjakan transmisi
    • Kawasaki Traction Control (KTRC) 1-mod – Sistem kawalan cengkaman roda untuk menghalang menggelincir
    • ERGO FIT – sistem antaramuka menerusi pengurusan casis yang membolehkan semua penunggang rasa seperti bersatu dengan jentera dari segi pelarasan bar hendal, pelana dan peg kaki.
    • Dwi-injap terotel – untuk ekstra kuasa dan indikator Eco untuk menggalakkan penunggang tunggangan secara ekonomi
  • Tema warna ini hanya dilancarkan di Eropah. Kami mengharapkan ia turut dijual di negara lain kelak. Harga belum didedahkan, tetapi dijangka dijual lebih £11,349 (RM66,080).

BACA >>> Kawasaki Z900 (2020) Kini dengan Lima Warna Baharu
BACA >>> Kawasaki Japan Perkenal Warna Baharu untuk Z900RS, dan Z900RS Café (2020)

Kawasaki Kawasaki EU Kawasaki Z900RS SE (2022)) roda2 scrambler
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Adventure Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 18/08/2021 20:50

      motor idaman kini lebih mengancam. tapi lagi best kalau SE version ni didatangkan dengan warna Blue Candytone

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.