Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Enjin Rosak ketika Daki, Treler Terundur Hingga Rempuh Rumah, Pemandu Pula Positif Dadah
Auto Terkini

Enjin Rosak ketika Daki, Treler Terundur Hingga Rempuh Rumah, Pemandu Pula Positif Dadah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU lagi kemalangan membabitkan kenderaan berat berlaku. Kali ini di Negeri Sembilan yang menyebabkan sebuah kediaman rosak akibat dirempuh treler 30 tan jenis Volvo yang membawa muatan besi guna semula.

Berdasarkan maklumat, insiden berlaku di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan pada 16 Julai (Sabtu) lalu, kira-kira jam 9.15 malam. Mujur tiada mangsa mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Positif Dadah

Menurut siasatan polis, treler itu dipandu seorang lelaki berumur 32 tahun dari Melaka menuju ke Sungai Pelek di Sepang, Selangor.

Apabila tiba di lokasi kejadian, treler dipandu suspek mengalami kerosakan enjin dan terhenti di laluan mendaki bukit, sekali gus menyebabkan kenderaan berat itu menggelongsor ke belakang hingga bahagian treler di belakang tergelincir ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh rumah mangsa.

BACA >>> Cemburu Punca Suspek Bakar 34 Motosikal Penghuni PPR Kampung Muhibbah
BACA >>> Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE

Pemandu lori dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, dan ujian mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin.

Pemandu itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak Narkotik IPD Seremban untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis mengesahkan masih melakukan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan.

BACA >>> Ada Mahu Bantu Drebar Treler, Tapi Tidak Jadi Kerana Dituduh Mabuk
BACA >>> Lori Terbabas di Lebuhraya NKVE, Pemandu Positif Dadah Metamfetamin
BACA >>> Bas Asap Tebal: 20 Pekerja Kilang Termasuk Pemandu Selamat
BACA >>> Video Lori Mengundur Sebab Brek Rosak, Drebar Nekad Langgar Pokok untuk Berhenti

autoterkini Isu Keselamatan Jalan Raya Kesan Dadah pemandu lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) Polis Seremban treler Treler rempuh rumah
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.