Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
Auto Terkini

Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

SyafieBy Syafie21/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jalan utama, dan lebuh raya tutup sempena Sidang Kemuncak Asean

BERMULA 26 hingga 28 Oktober 2025, sebanyak enam lebuh raya utama dan 25 jalan sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara lebuh raya yang terlibat termasuk:

  • Lebuhraya ELITE (KLIA – Putrajaya)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang – Jalan Duta)
  • Lebuhraya Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sungai Buloh – Jalan Duta)
  • Lebuhraya MEX
  • Lebuhraya KL-Seremban (Sungai Besi – Pusat Bandar)

1,111 Petugas Trafik Dikerahkan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 1,111 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang acara berlangsung, termasuk mengiringi delegasi, kawalan lalulintas, dan penguatkuasaan jalan raya.

Raptai laluan konvoi juga sudah bermula sejak 21 Oktober melibatkan laluan dari Kompleks Bunga Raya (KLIA) serta TUDM Subang ke beberapa hotel penginapan sekitar KLCC dan Seri Negara.

Bandar KL Lockdown?

Mohd Yusri turut mengesahkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sepanjang acara tersebut berlangsung.

Antara delegasi dijangka hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump myang enyebabkan kawalan keselamatan dipertingkat secara maksimum.

Sekitar 16,000 anggota keselamatan dari seluruh negara turut digerakkan bermula 23 Oktober bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan awam.

Gunakan Pengangkutan Awam, Rancang Perjalanan Awal

Orang ramai, terutama pengguna jalan raya sekitar Lembah Klang, dinasihatkan mengelak laluan terjejas sepanjang tempoh penutupan, dan gunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel dan bas.

Kepada pengguna yang perlu melalui kawasan terbabit, termasuk petugas media, disarankan hadir lebih awal dan menunjukkan pas pengenalan diri jika diminta.

Pada masa sama, warga JSPT juga diingatkan supaya mengutamakan kesihatan, terutama dengan kes jangkitan influenza yang sedang meningkat.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini jalan tutup Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.