Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2018: Kymco X-Town City 125 yang Layak Subsidi Petrol (Modenas, Mohon Bawa Masuk)
Roda2

#EICMA2018: Kymco X-Town City 125 yang Layak Subsidi Petrol (Modenas, Mohon Bawa Masuk)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/11/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN berasal dari Taiwan, Kymco sebenarnya cukup gah di Eropah hingga produk baharu jenama itu biasanya akan tiba di Eropah terlebih dahulu berbanding negara asalnya. Jika mahu mengetahui perkembangan rekabentuk terkini model Kymco, salah satu isyaratnya ialah melihat produk jenama itu dipamerkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA).

Tahun ini, pihak Kymco memperkenalkan beberapa produk dan salah satu model tersebut ialah X-Town City 125 (2019). Walaupun model itu sudah hadir tahun lalu, tetapi untuk 2019, beberapa perubahan signifikan dilakukan.

BACA >>> SAH, Modenas Ambil Alih Jenama Kymco Di Malaysia – Bakal Lancar Model Skuter Bulan Depan

Berikut perubahan diperkenalkan pada X-Town City 125 (2019):

  • Lantai kaki rata
  • Ruang simpanan lebih luas
  • Sistem lampu LED penuh
  • Soket USB
  • Slot mengecas 12V

Skuter ini dipadankan tayar bersaiz 13 inci dengan sistem brek CBS dan brek cakera roda belakang untuk kuasa henti yang lebih mencengkam. Walaupun datang dengan trenkuasa kecil, 125cc (13hp/11.2Nm), model ini tampil dalam gaya skuter maksi. 


Selepas Elegan 250, begitu molek jika Modenas mempertimbangkan untuk membawa masuk model skuter ini ke pasaran tempatan tahun depan. Selain menambah model skuter gaya maksi bersesaran kecil dalam barisan produk sedia ada, Modenas juga dapat menjual model ini pada harga mampu milik kepada pembeli marhaen.

BACA >>> Skuter Bajet Kymco GP 125i Lancar di Jepun – ¥186,600 (RM6,776)

Tambahan lagi, X-Town City 125 (2019) termasuk dalam senarai motosikal 125cc ke bawah yang layak mendapat subsidi minyak seperti diumumkan Kerajaan baru-baru ini. Jadi tidak mustahil boleh laku keras. Apa tunggu lagi Modenas!

Setidak-tidaknya kehadiran skuter 125cc ini dapat mengubat kekecewaan peminat dua roda yang masih sabar menunggu ketibaan moped 175cc. Amacam geng! Adakah anda setuju jika Modenas membawa masuk X-Town City 125 (2019)?

GALERI
EICMA 2018 Kymco Kymco X-Town City 125 Modenas Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 roda2 skuter skuter 125 skuter maksi skuter maxi Subsidi Minyak
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

20/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Interkom ASMAX untuk penunggang
Aksesori

NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad

19/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.