Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2016: BMW G 310 GS Jalinan Kerjasama Jerman-India Tampil Lebih Premium
Roda2

#EICMA2016: BMW G 310 GS Jalinan Kerjasama Jerman-India Tampil Lebih Premium

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/11/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad buat pertama kali mendedahkan model jelajah advencer, BMW G 310 GS kepada umum yang merupakan produk ketiga di bawah jalinan kerjasama teknologi BMW-TVS. Dua model terdahulu ialah BMW G 310 R dan TVS Akula 310.

Dilancarkan sempena EICMA 2016, model dengan kod nama K03 itu dibangunkan BMW Motorrad di Jerman dan dipasang pengeluar motosikal India, TVS Motor Company. BMW G 310 GS masih mempertahankan elemen penggayaan daripada abang besarnya, GS yang dapat dilihat menerusi paruh hadapan besar, lapisan radiator, kowl lampu depan dan stiker GS pada tangki minyak.

Frem trellis masih dikekalkan, manakala pelana didatangkan dengan dua ketinggian berbeza selain menampilkan sistem suspensi travel lebih panjang dan tayar off-road.

ENJIN DIKEKALKAN

Enjin yang menggerakkan BMW G 310 GS ialah enjin sama boleh didapati pada model BMW G 310 R. Enjin 313cc silinder tunggal penyejukan cecair menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm (10,500rpm) serta mematuhi piawaian emisi Eropah, Euro 4.

Hantaran kuasa ke roda belakang diuruskan kotak gear 6-kelajuan. Berat jentera pula ialah 169.6kg, manakala sistem suspensi depan menggunakan jenis fork terbalik bersama travel 41mm dan belakang, monoshock berserta travel 180mm yang boleh dilaraskan.

Model BMW G 310 GS tampil dengan rim aloi depan bersaiz 19 inci dan belakang, 17-inci. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan pengangkut barang (carrier) menjadi ciri standard, termasuk aksesori lain seperti hendal dengan ciri pemanas, navigasi satelit, soket kuasa 12 volt dan pilihan ketinggian pelana (820mm dan 850mm).

BMW G 310 GS bakal bersaing dengan KTM 390 Adventure, Kawasaki Versys 250 dan Suzuki V Strom 250, dan dijangka dilancarkan secara rasmi pada pertengahan 2017. Harga masih belum dikeluarkan, tetapi tentunya sedikit premium berbanding versi BMW G 310 R.

VIDEO

IN THE SPOTLIGHT: The new BMW G 310 GS

GALERI

BMW G 310 GS
adventure tourer BMW BMW G 310 GS BMW G 310 R BMW-TVS roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.