Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Dulu Wira, Kini Persona, Chris Ok Saja Pandu Proton Sebab Rasa Berbaloi
Autotainment

Dulu Wira, Kini Persona, Chris Ok Saja Pandu Proton Sebab Rasa Berbaloi

Han OthmanBy Han Othman26/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK kali pertama Persona serba baharu diperkenalkan pada 2016, pelbagai cara sudah dilakukan Proton dalam usaha menawan semula hati pembeli Malaysia menerusi bermacam-macam penambahbaikan dan pembaharuan. Hasilnya, model tersebut kini mengalami evolusi yang boleh dibanggakan dan tidak kalah dengan pencabar lain.

Persona serba baharu bukan hanya tampil lebih moden dan up-to-date dari segi kemasan dan rekaletak dalaman, tetapi juga rupa luaran, termasuk dibekalkan ciri keselamatan termaju seperti terdapat pada model-model premium jenama luar. Dibangunkan atas platform sama seperti Iriz (2014), Persona kini menjadi antara model penyumbang terbesar kepada jualan Proton sepanjang 2017.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Anda Patut Jatuh Cinta Kepada Proton Persona

DARI WIRA KEPADA PERSONA

Artikel kali ini akan berkongsi cerita mengenai seorang lagi pemilik Persona serba baharu, Choong Su Kiat, 36, dari Pulau Pinang yang juga salah seorang ahli kelab Proton Persona VVT Owner Club (PROVOC). Menurut Su Kiat, yang lebih mesra dipanggil Chris, dia memiliki Persona sejak 2016 dan setakat ini pengalaman dilaluinya indah-indah belaka.

“Kereta Proton baru sekarang bagus kerana lengkap dengan ciri keselamatan, rekabentuk hebat dan jimat minyak. Saya memang pandu kereta setiap hari ke tempat kerja.

“Kadang-kadang, saya akan pandu jauh atau balik kampung di Kuala Lumpur. Apa yang boleh saya cakap, kereta ini betul-betul jimat minyak. Inilah yang buat saya sangat suka,” kata Chris lagi.

BACA >>> 84 Foto Proton Persona 2016 Ini Mampu Buat Anda Terpikat Melihatnya!

Menurut Chris, minatnya kepada Proton bermula sejak membeli Proton Wira pada 2005 dan itulah kenderaan pertama yang dia miliki walaupun cuma kereta terpakai.

“Kali pertama saya beli, kereta itu sudah pun berusia 10 tahun, pemilik sebelum itu beli pada 1995. Kereta tersebut memang tak ada masalah besar, berkhidmat kepada saya hampir 12 tahun terutama bila kerap berjalan jauh ketika bekerja sebagai konsultan,” katanya.

Bagaimanapun kongsi Chris lagi, Wira miliknya itu terpaksa juga dijual atas dasar komitmen peribadi walaupun mengakui kereta itu banyak menyimpan memori dan nostalgia.

KUALITI SENTIASA DIPERTINGKAT

Chris berkata, apa yang dia boleh beritahu tentang Proton adalah pengeluar nasional itu memang sentiasa menambah baik kualiti dan keselamatan produk mereka.

“Jika mahu bandingkan kereta dulu dengan sekarang, perbezaan paling ketara ialah prestasi enjin dan pikap yang lancar. Setiap minggu, saya selalu luangkan masa bersama keluarga dengan memandu ke mana-mana kawasan terdekat atau pergi sesuatu tempat untuk cari makan. Dengan ruang bumbung dan kaki luas, mereka memang sentiasa seronok setiap kali dalam kereta tidak kira dekat dan jauh kerana selesa.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium – Najmie Adib Kongsi Pengalamannya…

“Ruang but betul-betul luas dan mudah masukkan beg pakaian dan barang besar tanpa ada masalah, ini buatkan kereta ini sangat sesuai untuk trip keluarga saya. Jika boleh dijelaskan dalam satu perkataan mengenai kereta ini, bunyinya ‘kepuasan’.

“Sudah tentu bila menimbang tentang membeli kereta baharu, saya sudah buat perbandingan dengan jenama lain. Tetapi bila tengok harga dan apa ditawarkan Proton dari segi ciri keselamatan dan rekabentuk cantik, saya pilih Persona tanpa ragu-ragu,” jelas Chris.

Chris juga teruja apabila Persona miliknya pernah digunakan sebagai kereta rombongan pertunangan kawannya. Katanya, jika ditanya tentang model Proton, dia memang akan merekomenkan Persona baharu kerana kereta itu bukan saja lengkap dengan ciri moden, tetapi juga menjimatkan dan ada ruang but luas.

GALERI
autotainment Choong Su Kiat Chris Proton PROTON Holdings Berhad Proton Persona generasi ketiga Proton Persona serba baharu Proton Persona VVT Owner Club (PROVOC) Roda4 Sedan sedan segmen-B
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

24/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Autotainment

Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

24/06/2026
Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
Roda4

SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

24/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

23/06/2026

2 Comments

  1. Man on 26/02/2018 22:37

    Asal jgn beli gen2 savvy & neo

    Reply
  2. Lyana on 27/02/2018 23:19

    Ada yg VVCT? Memang la jimat minyak. Yang pakai CVT masih mengeluh minyak kuat makan.

    Apa pun..naik bukit..kereta ini masih ditahap menghampakan..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.