Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Panigale V4 R 2026 Kini dengan Corner Sidepods, Output Kuasa 218hp!
Roda2

Ducati Panigale V4 R 2026 Kini dengan Corner Sidepods, Output Kuasa 218hp!

Abang HirataBy Abang Hirata25/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati Panigale V4 R 2026

DUCATI melancarkan model terbaharu, Ducati Panigale V4 R 2026, yang merupakan hasil daripada kejayaan cemerlang dalam siri perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP dan Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK).

Superbike itu dibangunkan khas untuk WolrdSBK, dan pada masa sama menawarkan jentera prestasi tinggi terbaik kepada peminat jenama Ducati.

Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026

Model itu dilengkapi ciri unik yang diambil terus daripada dunia perlumbaan dan julung kali ditawarkan pada motosikal versi sah ditunggang atas jalan raya.

Panigale V4 R 2026 baharu adalah penyambung siri jentera legenda yang bermula model 996R pada 2001. Jentera itu dihasilkan dalam siri bernombor, dengan nama model dan nombor siri terpamer plat hendal.

Dengan kerjasama bersama Ducati Corse, Ducati Panigale V4 R 2026 menampilkan beberapa inovasi perlumbaan, seperti Corner Sidepods yang kali pertama digunakan Ducati dalam MotoGP pada 2021, dan transmisi Ducati Racing Gearbox (DRG) dengan ciri Ducati Neutral Lock (DNL).

Prestasi Enjin, Aerodinamik

Ducati Panigale V4 R 2026

Nadi Ducati Panigale V4 R 2026 ialah enjin Desmosedici Stradale R berkapasiti 998cc, yang direka untuk WorldSBK, dan dibangunkan selaras falsafah MotoGP Ducati Corse untuk memberikan keluk tork dan kuasa lebih baik merentasi julat RPM, serta pecutan unggul.

  • Kuasa dan Tork: 218hp (208.4hp dalam spesifikasi Amerika Syarikat, AS), dengan peningkatan purata 4hp (2.6hp dalam spesifikasi AS) dari 4,000rpm ke atas.
  • Keluk tork juga lebih tinggi, dengan peningkatan 7 peratus (7.3 peratus dalam spesifikasi AS) pada 6,000rpm dan 3 peratus (2.4 peratus dalam spesifikasi AS) dengan angka maksimum 114.5Nm @ 12,000rpm
  • Kelajuan Maksimum: Kelajuan tertinggi 318.4kmj dan boleh meningkat kepada 330.6 kmj dengan pemasangan ekzos lumba

Dari segi aerodinamik, Ducati Panigale V4 R 2026 buat kali pertama dilengkapi teknologi Corner Sidepods, yang berfungsi pada sudut miring tinggi untuk menghasilkan kesan ‘ground effect’ untuk cengkaman tayar lebih baik bagi mendapatkan kelajuan dan masa pusingan lebih pantas.

Fairing direka semula menampilkan sayap lebih besar,  sekali gus meningkatkan daya mendap (downforce) sebanyak 25 peratus. Ini bermakna ada penambahan daya mendap 4.8kg pada 270kmj dan 6kg (300kmj) bagi memberikan kestabilan lebih baik ketika memecut.

Jentera juga dilengkapi salur masuk udara depan dinamik untuk meningkatkan aliran udara ke enjin, sekali gus meningkatkan output kuasa 1.3hp pada halaju maksimum. Posisi pelana, tangki dan peg kaki diubah suai 10mm lebih ke dalam bagi memberikan sokongan ergonomik lebih baik kepada penunggang.

Sistem Transmisi, Frem dan Elektronik

Ducati Panigale V4 R 2026

Enjin Desmosedici Stradale R mampu mencecah had 16,500rpm pada gear enam, dan 16,000rpm pada gear lain. Enjin berkenaan dilengkapi piston yang 5.1 peratus lebih ringan dan aci engkol baharu yang mempunyai inersia lebih tinggi, menjadikannya responsif.

Apabila dipasang dengan ekzos perlumbaan, kuasa enjin boleh ditingkatkan kepada 235 hp, dan mencecah 239 hp dengan penggunaan minyak enjin Ducati Corse Performance.

Sistem transmisi gaya perlumbaan Ducati Racing Gearbox (DRG) meletakkan posisi neutral di bawah gear pertama, bukannya di antara gear pertama dan kedua, seperti jentera MotoGP.

Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026

Sistem Ducati Neutral Lock (DNL) yang dipatenkan pula mengelakkan penunggang tersalah masuk ke gear neutral dan tanpa brek enjin pada fasa brek yang paling akhir dan kritikal, iaitu ketika memasuki selekoh dalam gear pertama

Rangka jentera termasuk Front Frame dan Hollow Symmetrical Swingarm, telah direka semula untuk mengurangkan kekakuan sisi sebanyak 40% dan memberikan cengkaman tayar yang maksimum.

Jentera ini dilengkapi dengan fork hadapan Öhlins NPX25/30 dan penyerap hentak Öhlins TTX36 di belakang, serta damper hendal Öhlins SD20 baharu.

Sistem brek menggunakan kaliper Brembo Hypure di hadapan dengan cakera 330 mm, memberikan kuasa brek yang cemerlang. Roda aloi aluminium tempa dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP v4.

Pakej elektronik Panigale V4 R telah ditingkatkan dengan algoritma Ducati Vehicle Observer (DVO) dan aplikasi Cornering ABS dengan brek gabungan.

Sistem Race Brake Control membolehkan penunggang menggunakan brek belakang dengan lebih berkesan pada sudut condong yang berbeza.

Papan pemuka TFT 6.9 inci menampilkan mod paparan Track dan Road, dengan fungsi Grip Meter yang khusus untuk penggunaan di litar.

Aksesori, Ketersediaan

Ducati menawarkan pelbagai aksesori melalui program Ducati Performance, termasuk perisian Ducati DAVC Race Pro untuk mengoptimum kalibrasi enjin, rim gentian karbon, pakej brek PRO dan PRO+, fairing perlumbaan dan banyak lagi.

Ducati Panigale V4 R dijangka mula tiba di pengedar di Eropah pada November 2025, sebelum disusuli negara lain seperti Amerika Syarikat pada bulan berikut.

Ciri Utama

Berikut ciri utamana Ducati Paniga,e V4 R 2026:

  • Enjin Desmosedici Stradale R 998cc dengan output kuasa 218hp (versi AS: 208.4hp) dan boleh dipertingkat kepada 235hp dengan ekzos lumba; 239hp dengan minyak enjin Ducati Corse
  • Berat 186.5kg tanpa bahan api
  • Piston aluminium tuang yang 5.1 peratus lebih ringan
  • Transmisi Ducati Racing Gearbox (DRG) dengan Ducati Neutral Lock (DNL)
  • Sistem suspensi fork Öhlins NPX 25-30 di depan, dan monoshock Öhlins TTX36 (belakang), yang kedua-dua jenis boleh laras manual)
  • Rim auminium tempa
  • Sistem brek cakera 330mm dengan kaliper Brembo Hypure™
  • Aerodinamik Corner Sidepods MotoGP dan sayap biplane yang meningkatkan daya mendap 25 peratus
  • Sistem elektronik pakej generasi terkini dengan unit unjuran inersia 6-paksi (6D IMU), termasuk ABS Cornering dan kawalan enjin/brek dipertingkat dengan strategi DVO
  • Panel meter TFT 6.9 inci dengan ciri Grip Meter
  • Ciri lampu depan LED penuh dengan lampu siang (DRL) dan konfigurasi pelana tunggal
Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Panigale V4 R 2026
Ducati Ducati Panigale Ducati Panigale V4 Ducati Panigale V4 R roda2 superbike
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.