• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Panigale V2 dan Streetfighter V2 2025 Rasmi Enjin V2 Baharu!

Ducati Panigale V2 dan Streetfighter V2 2025 Rasmi Enjin V2 Baharu!

November 21, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI Panigale serba baharu (generasi ketujuh, 2025) dilancarkan di pasaran tempatan pada Oktober lalu. Seiring teknologi dan pelbagai perubahan, harga model itu melonjak kepada RM182,900 untuk V4 dan RM230,900 (V4 S).

Sebagai perbandingan, model 2023 masing-masing dijual pada harga RM145,900 dan RM188,900.

Pengubat hati mungkin terletak pada Ducati Panigale V2 2025 (foto atas kiri) dengan enjin V2 baharu. Turut mengambil tempat ialah Ducati Streetfighter V2 2025 (foto atas kanan) yang kedua-dua model itu merasmikan enjin dwi-silinder baharu.

Menurut Ducati, Panigale V2 dan Streetfighter V2 ialah versi paling ringan setakat ini. Dari segi rekabentuk pula, Ducati Panigale V2 2025 membawa pengaruh V4 dengan rupa depan tampak sama, tetapi bukan pada beberapa bahagian seperti tangki, fairing dan ekor.

Dari belakang, lampu LED dibahagi kepada dua bahagian yang meneruskan tradisi sportbike Ducati. Menariknya, ekzos dengan dua muncung berada di bawah pelana sebagai tradisi perlumbaan Panigale.

Menampakkan ciri maskulin, ekzos Panigale V4 pula diletakkan bawah swingarm dan model ini tidak perlu pun menjeritkan kuasa kerana sudah terkenal dengan prestasi. Rim corak Y Panigale V2 adalah terjemahan kepada rim tiga bilah Marchesini.

Ketika ujian pembangunan di litar, Ducati Panigale V2 2025 memberikan prestasi setara model sebelum ini. Menurut Ducati, penunggang akan dapat rasa mudah seawal selekoh pertama kerana kurang menggunakan tenaga fizikal yang diperlukan selain senang mencapai had dan mengekalkan kuasa ketika tunggangan litar.

Atas jalan, Panigale V2 2025 menjadi sportbike Ducati paling mudah dan menyeronokkan setakat ini. Karakter itu dicapai melalui posisi tunggangan yang kurang menumpukan bahagian depan, mudah ditunggang dan keselesaan haba yang boleh dinikmati penunggang.

Ciri mudah dan selesa dipandu juga diberi perhatian kepada Panigale V4 2025 baharu yang boleh dilihat hala tuju pembangunan sportbike Ducati baharu ini.

Ducati Streetfighter V2

Naked bike ini turut beriringan dengan Ducati Panigale V2 2025, sekali gus meletakkan model ini sebagai streetfighter paling ringan dan tangkas di jalanan dan berprestasi di litar. Formula digunakan ialah enjin 890cc, casis Panigale V2, bar hendal lebar dan tinggi serta berat 175kg.

Turut membentuk karakter model ini adalah rintangan angin tanpa fairing untuk dinikmati penunggang dengan berat dikurangkan sebanyak 18kg berbanding Streetfighter V2 terdahulu.

Ducati Streetfighter V2 S 2025
Ducati Streetfighter V4 S 2023

Sekali lagi, rupa depan 'makhluk asing' ini hampir sama, tetapi jelas berbeza berbanding V4 2023 (lihat foto atas) sementara versi terbaru dilancarkan. Ini lebih jelas pada bahagian sisi dengan rekabentuk ekzos berlingkar dan diposisi bawah pelana yang nyata menggiurkan.

Tangki minyak, panel belakang dan rim aloi juga sama seperti Panigale V2. Apapun, Panigale V2 dan Streetfighter V2 bukanlah pilihan lebih murah daripada V4, tetapi sebagai model yang mahu wujud sendiri.

Enjin V2 Baharu

Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Ducati V2 2025.32
Ducati V2 2025.31
Ducati V2 2025.33
Ducati V2 2025.34

Enjin V2 890cc dengan injap pemasaan variabel menghasilkan 120hp. Enjin patuh Euro5+ ini hanya seberat 54.5kg, atau 9.4kg lebih ringan daripada Superquadro terdahulu yang juga enjin dwi-silinder Ducati paling ringan.

Untuk aksi trek, varian V2 S dengan ekzos lumba meningkatkan kuasa kepada 126hp, manakala berat turun 4.5kg, dan ada tiga Mod Kuasa, iaitu High, Medium dan Low dengan output kuasa 95hp.

Casis dan Brek

Casis monokok V2 menggunakan enjin sebagai elemen tegangan (sebahagian kekuatan dan ketegaran frem).

Swingarm kembar diilhamkan daripada Hollow Symmetrical Swingarm pada Panigale V4 yang menawarkan kelebihan sama seperti kestabilan ketika keluar selekoh dan fiil tunggangan litar yang membolehkan penunggang memanfaatkan sepenuhnya tayar lumba slik.

Fork Marzocchi di depan dan monoshock Kayaba di belakang. Seperti biasa varian V2 S lebih istimewa dengan fork dan monoshock Öhlins serta bateri litium-ion lebih ringan.

Lagi, Ducati Streetfighter V2 2025 memiliki swingarm yang 30mm lebih panjang daripada Panigale V2 2025 dan dilengkapi damper hendal. Perbezaan itu bagi mengekalkan kestabilan ketika di selekoh dan memecut memandangkan model ini tiada fairing.

Brek Brembo dwi-cakera 320mm dengan kaliper monoblok M50 memainkan peranan yang baik di litar dan jalan raya.

Ciri Ducati Panigale 2025 dan Streetfighter V2 2025

Ducati Panigale V2 S 2025

  • Warna Ducati Red
  • Enjin 890cc V2 berkuasa 120hp @ 10,750rpm, dan tork 93.3Nm @ 8,250rpm
  • Berat tanpa petrol 175kg
  • Casis monokok
  • Sistem suspensi fork Öhlins NIX-30 di depan, dan monoshock Öhlins (belakang)
  • Bateri litium
  • Kaliper monoblok Brembo M50
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV 120/70 (depan) dan 200/55 (belakang)
  • Unit pengurusan inersia (IMU) 6-paksi
  • Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC), kawalan luncur Ducati Power Launch dan pengehad pit Ducati Pit Limiter (DPL), Ducati Quick Shift (DQS) 2.0, Kawalan Brek Enjin (EBC), dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Belokan
  • Panel meter TFT 5-inci
  • Mod tunggang  Race, Sport, Road, dan Wet
  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL)
Ducati Panigale V2 2025
Ducati Panigale V2 2025 dan V2 S 2025 (kiri)
  • Warna Ducati Red
  • Dua pelana
  • Berat tanpa petrol 179kg
  • Fork Showa Big Piston Fork (BPF) 43mm boleh laras
  • Monoshock Sachs boleh laras
  • Kawalan luncur Ducati Power Launch dan pengehad pit Ducati Pit Limiter (DPL) sebagai opsyen
Ducati Streetfighter V2 S 2025
  • Warna Ducati Red
  • Enjin 890cc V2 dengan output kuasa 120hp @ 10,750rpm, dan tork 93.3Nm @ 8,250rpm
  • Berat tanpa petrol 176kg
  • Frem monokok
  • Sistem suspensi fork Öhlins NIX-30 (depan), dan monoshock Öhlins (belakang)
  • Bateri litium
  • Kaliper monoblok Brembo M50
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV 120/70 (depan) dan 200/55 (belakang)
  • Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-paksi
  • Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Luncur Ducati (DWC), kawalan luncur Ducati Power Launch dan pengehad pit Ducati Pit Limiter (DPL), Ducati Quick Shift (DQS) 2.0, Kawalan Brek Enjin (EBC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan
  • Panel meter TFT 5-inci
  • Mod tunggang Race, Sport, Road, dan Wet
  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL)
Ducati Streetfighter V2 2025
  • Warna Ducati Red
  • Dua pelana
  • Berat tanpa petrol 177kg
  • Fork Showa Big Piston Fork (BPF) 43mm boleh laras.
  • Monoshock Sachs boleh laras.
  • Kawalan luncur Ducati Power Launch dan pengehad pit Ducati Pit Limiter (DPL) sebagai opsyen
Ducati Panigale V2 2025
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Copyright GDS
Ducati Panigale V2 2025.05
Copyright GDS
Copyright GDS
Ducati Panigale V2 2025.08
Ducati Panigale V2 2025.09
Ducati Panigale V2 2025.10
Ducati Panigale V2 2025.11
Ducati Panigale V2 2025.12
Copyright GDS
Ducati Panigale V2 2025.14
Ducati Panigale V2 2025.15
Ducati Panigale V2 2025.16
Copyright GDS
Copyright GDS
Ducati Panigale V2 2025.20
Ducati Panigale V2S 2025
Ducati Panigale V2S 2025.01
Ducati Panigale V2S 2025.02
Ducati Panigale V2S 2025.03
Ducati Panigale V2S 2025.04
Ducati Panigale V2S 2025.05
Copyright GDS
Copyright GDS
Ducati Streetfighter V2S 2025
Ducati Streetfighter V2S 2025.01
Ducati Streetfighter V2 S 2025
Ducati Streetfighter V2 S 2025
Ducati Streetfighter V2S 2025.03
Ducati Streetfighter V2 S 2025
Ducati Streetfighter V2 S 2025
Ducati Streetfighter V2S 2025.05
Ducati Streetfighter V2S 2025.06
Ducati Streetfighter V2S 2025.07
Ducati Streetfighter V2S 2025.08
Ducati Streetfighter V2S 2025.09
Ducati Streetfighter V2S 2025.10
Ducati Streetfighter V2S 2025.11
Ducati Streetfighter V2S 2025.12
Ducati Streetfighter V2S 2025.13
Ducati Streetfighter V2S 2025.14
Ducati Streetfighter V2S 2025.15
Ducati Streetfighter V2S 2025.16
Ducati Streetfighter V2S 2025.17
Ducati Streetfighter V2S 2025.18
Ducati Streetfighter V2S 2025.19
Ducati Streetfighter V2S 2025.20
Ducati Streetfighter V2S 2025.21
Ducati Streetfighter V2S 2025.22

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Panigale, Ducati Panigale V2, Ducati Panigale V2 S, Ducati Panigale V2S, Ducati Streetfighter, Ducati Streetfighter V2, Ducati Streetfighter V2 S, Ducati Streetfighter V2S, roda2, Sportbike Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev