Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Ducati Multistrada V4 yang Lebih Ringan, Berkuasa dengan Ekzos Akrapovic
Aksesori

Ducati Multistrada V4 yang Lebih Ringan, Berkuasa dengan Ekzos Akrapovic

Abang HirataBy Abang Hirata22/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN hanya Panigale, Ducati juga terkenal dengan model advencer Multistrada yang mana model baharu Multistrada V4 dilancarkan pada November lalu.

Menariknya, Multistrada V4 menggabungkan tiga konsep utama, iaitu Sport, Touring Enduro dan Urban.

  • Sport –  Berprestasi kerana model ini dilengkapi ciri dan komponen seperti sistem bantuan elektronik daripada teknologi MotoGP, manakala casis dibangunkan untuk tunggangan menyeronokkan dan berkesan atas pelbagai muka bumi.
  • Touring – Ditonjolkan menerusi selang penyelengaraan setiap 60,000km, keselesaan tunggangan, lampu selekoh,  sistem radar dan peta navigasi yang dipaparkan pada panel meter.
  • Enduro – Memiliki ciri off-road, menerusi suspensi elektronik, hantaran kuasa lancar dan nisbah gear terbaik.
  • Urban – Disumbangkan tunggangan mudah pada kelajuan rendah, pengurusan haba dan ada fungsi sambungan Bluetooth.

Bagi menyerlahkan lagi sisi sporty Multistrada V4, Ducati bekerjasama dengan Akrapovič bagi menghasilkan dua aksesori terbaik, iaitu unit ekzos dan silenser. Kedua-dua komponen direka eksklusif untuk model advencer kini yang tampil dengan lencana khas Akrapovič Designed For Ducati Performance.

Berikut ciri komponen yang diberikan pada Multistrada V4 khas:

  • Ekzos lumba daripada besi tahan karat. Luarean silenser menggunakan material titanium aloi gred tinggi dan hujung gentian karbon yang tahan suhu tinggi.
  • Pemetaan semula dibuat untuk melaraskan tetapan mengikut prestasi baharu.
  • Kuasa 174hp, tork 133Nm.
  • Berat dengan ekzos Akrapovič berkurangan 5kg.
  • Silenser ekzos turut menambah karakter agresif.
  • Silenser mempunyai berat 0.7kg lebih ringan daripada unit standard, sekali gus menambah baik nisbah berat kepada kuasa.
  • Multistrada V4 S Sport dilengkapi aksesori ini sebagai ciri standard.

Hubungan Ducati dan Akrapovič sudah terjalin sejak beberapa tahun menerusi kejayaan projek 2014 mengenai model 1199 Panigale.

BACA >>> Ducati Panigale V4 SP (2021) – Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!
BACA >>> Model Ducati Pertama dengan Sensor Radar, Multistrada V4 (2021) Baharu Diperkenal

akrapovic Akrapovič Designed For Ducati Performance Ducati Ducati Multistrada Ducati Multistrada V4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.