Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Monster (2021) Tiba di Vietnam, Harga Mula RM81k!
Roda2

Ducati Monster (2021) Tiba di Vietnam, Harga Mula RM81k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS lebih setahun diperkenalkan ke pasaran dunia, generasi baharu Ducati Monster (2021) akhirnya barulah dibawa masuk ke Vietnam.

Roadster itu dijual pada harga 439 juta dong (RM81,320), naik 19 juta dong (RM3,519) berbanding generasi terdahulu. Berikut perincian model tersebut:

BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini di Malaysia dengan Harga Istimewa Terhad RM69.9k Sahaja!
BACA >>> Ducati Monster (2021) Generasi Baharu Lancar di Thailand, Harga Mula RM55k!

  • Menerima perubahan terkini seiring falsafah Monster, iaitu ringan dan kukuh.
  • Trenkuasa Testastretta 11º L-Twin 937cc berkuasa 111hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500 rpm. Model lama menawarkan kapasiti 821cc.
  • Ada tiga mod tunggangan: Urban, Touring dan Sport. Penunggang juga boleh mengubah tetapan Kawalan Traksi, Anti-Loading dan kuasa enjin.
  • Menggunakan frem aluminium tuang berbanding frem trellis tradisional. Subfrem belakang menggunakan kombinasi aluminium dan gentian kaca yang membantu mencapai berat kasar 166kg.
  • Frem lebih kompak pada bahagian kaki yangmembolehkan penunggang mendapat kawalan lebih baik ketika berhenti.
  • Model versi Vietnam ini adalah varian standard. Di pasaran antarabangsa, ada varian dilengkapi aksesori tambahan seperti visor angin dan penutup kowl belakang.
  • Rekabentuk model baharu ini nampak lebih kemas dengan lampu depan bujur dengan lampu siang (DRL).
  • Menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso III dengan rim aloi tuang.
  • Sistem brek cakera 320mm semi-apung dengan kaliper Brembo monoblok M4.32 (depan), dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper Brembo dwi-piston (belakang).
  • Menggunakan beberapa aksesori Rizoma. Panel meter jenis digital TFT 4.3 inci.
  • Konsol butang kawalan pada kedua-dua bar hendal memudahkan penunggang mengubah tetapan elektronik.
  • Masih menggunakan sistem kunci mekanikal.
  • Tinggi pelana 820mm dan boleh direndahkan kepada 800mm-775mm dengan bantuan kit pelana dan suspensi rendah.

BACA >>> Yamaha MT-15 Monster Energy MotoGP Edition Lancar Di India, Harga RM8.4k!
BACA >>> Inilah Satu-Satunya Ducati Superleggera V4 dengan Liveri Lamborghini Aventador SVJ
BACA >>> KTM Racing Lantik Orang Kuat Pramac Ducati Sebagai Pengurus
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?

SUMBER: Zing

Ducati Ducati Monster 2021 Ducati Vietnam roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.