Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Bakal Perkenal ARAS, Ciri Keselamatan Baharu Guna Radar Laser
Roda2

Ducati Bakal Perkenal ARAS, Ciri Keselamatan Baharu Guna Radar Laser

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI antara pengeluar motosikal premium, Ducati kerap memperkenalkan sistem dan teknologi serba inovatif dan baharu untuk motosikal pengeluaran. Sedekad lalu, jenama Itali itu menjadi pengeluar pertama menawarkan model pengeluaran dengan sistem Kawalan Traksi (TRC) penuh, dan pada 2014, Ducati memperkenalkan motosikal pertama dunia yang mampu berinteraksi dengan jaket beg udara tanpa pautan (non-tethered).

Sebagai sebahagian usaha berterusan untuk terus berada di garisan depan perlumbaan, Ducati terbaharu  mengumumkan inisiatif dinamakan ‘Halatuju Keselamatan 2025’, iaitu program pelaksanaan teknologi keselamatan baharu melibatkan laser .

Fasa pertama program baharu itu dilaporkan sedang dibangunkan yang menumpukan kepada usaha melengkapkan setiap model pengeluaran baharu dengan ciri ABS belokan, iaitu ciri yang sudah sedia dipasang pada Scrambler 1100 baharu.

Fasa seterusnya ialah menawarkan sistem radar hadap depan (front-facing) dan hadap belakang (rear-facing) baharu untuk barisan model pengeluaran 2020.

‘ARAS’ GUNA PELBAGAI SENSOR

Sistem Bantuan Penunggang Termaju atau Advanced Rider Assistance Systems (ARAS) menggunakan banyak sensor. Asasnya, sistem itu ialah versi motosikal bagi teknologi keselamatan pemandu yang sudah banyak digunakan kereta moden masa kini. Jika terlaksana, Ducarti akan menjadi pengeluar motosikal pertama yang memperkenalkan sistem tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

ARAS menggunakan radar hadap depan untuk melaraskan terotel dan brek jika mengesan halangan (atau kenderaan) dikesan dan penunggang gagal bertindak balas. Radar depan juga mengatur Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan melaraskan kelajuan jentera bagi mengekalkan jarak (ditetapkan penunggang) dengan kenderaan depan.

Radar hadap belakang pula berfungsi memberi amaran kepada penunggang tentang kehadiran kenderaan yang berada dalam kedudukan titik buta atau apa saja trafik yang menghampiri dalam kelajuan tinggi dari belakang.

TEKNOLOGI SUDAH DIPATEN

Teknologi berkenaan sudah dibangunkan sejak 2016  dengan kerjasama Jabatan Elektronik, Maklumat dan Kejuruteraan Bio di Universiti Politecnico di Milano, Itali. Pada 2017, tuntutan paten berhubung algoritma kawalan sistem algoritma difailkan, dan Scientific Publication dibentangkan di Simposium Kenderaan Pintar (IV) – IEEE. Jika semua pelan itu berjalan lancar seperti dirancang, kita akan sempat menyaksikan teknologi berkenaan dilengkapkan untuk motosikal pengeluaran seawal 2020.

SUMBER: RideApart

autotainment ciri keselamatan motosikal Ducati Politecnico di Milano radar laser roda2 Sistem Radar Laser
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.