Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»DS 3 Crossback (2019) – SUV Premium dengan Rekabentuk Seni Perancis
Roda4

DS 3 Crossback (2019) – SUV Premium dengan Rekabentuk Seni Perancis

Abang HirataBy Abang Hirata24/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DS AUTOMOBILES ialah pengeluar Perancis yang dilancarkan pada 2015. Macam pernah dengar? Ya, jenama DS memang ada di pasaran Malaysia dengan satu model iaitu DS 5. Namun, DS tidak bermula di situ kerana Citroën terlebih dahulu pernah memperkenalkan 3 model untuk pasaran tempatan, iaitu DS 3, DS 4 dan DS 5.

Sejarah Citroën DS sebenarnya bermula pada 1955 hingga dihentikan pengeluaran pada 1975 sebelum dihidupkan kembali sekarang ini. Lebih jelas lagi, DS ialah sub jenama baharu yang dipisahkan daripada Citroën dengan menumpukan kepada barisan produk mewah dan berseni.

BACA >>> DS3 Cafe Racer Edisi Terhad Sempena Rai Era Popular Motosikal 60-an di London

Buat masa sekarang, model DS masih memiliki adunan Citroën dan bakal diubah supaya ada identiti tersendiri melalui model generasi kedua akan datang.

Ataupun ia sudahpun bermula?

REKABENTUK LEBIH BERSENI


Lihat saja DS 3 Crossback (2019) ini dengan rekabentuk lebih kepada objek seni yang dipasangkan empat roda dan kerusi untuk membawa penumpang.

Sesuatu yang unik dengan kereta buatan Perancis itu ialah lekukan atau flair pada permukaan badan.  Bahagian dalaman pula tidak pernah dibuat dek orang dengan paten berlian mendominasi pandangan mata. Agaknya pasukan perekabentuk model tersebut tentu sangat puas hati kerana dapat menzahirkan kreativiti dan cita rasa mereka.

Berikut beberapa fakta ringkas mengenai DS 3 Crossback (2019):

  • Model kedua dalam generasi kedua DS (model pertama ialah kenderaan utliti sukan (SUV) DS 7 Crossback)
  • DS 3 Crossback berada dalam segmen-B premium.
  • Ada varian elektrik: DS 3 Crossback E-Tense, termasuk diesel dan petrol.
  • Boleh dipesan mengikut tema seperti DS Montmartre, DS Bastille, DS Performance Line, DS Rivoli, DS Opera dan varian eksklusif La Première edisi terhad.
  • Sistem audio dibangunkan bersama syarikat audio Perancis, Focal untuk memberikan kualiti bunyi setanding jenama premium.
  • Menggunakan teknologi canggih buka dan kunci kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar MyDS – mampu beroperasi dengan bantuan Bluetooth
  • Sistem bantuan pemanduan dengan teknologi radar dan kamera.
  • Lampu LED dengan teknologi Matrix Beam.

DS 3 Crossback (2019) ditayangkan kepada umum buat kali pertama pada Pameran Motor Paris 2018 dengan mensasarkan rancangan besar untuk menonjolkan jenama premium itu. Berdasarkan pelan, DS merancang memperkenalkan 6 model global dengan kekerapan setahun sekali.

Kenderaan DS juga bukan hanya dijual di bilik pameran biasa-biasa, tetapi melalui pusat jualan yang dikenali sebagai DS STORES dan DS SALONS. Setakat ini sudah ratusan bilik pameran dibuka serata dunia dan paling agung ialah DS WORLD PARIS di 33 Rue François 1er, Paris, Perancis.

Sementara itu, berapakah pula anggaran DS 3 Crossback ini? Sebagai perbandingan, DS 5 versi Malaysia dijual pada harga sekitar RM170,000. Walaupun berstatus premium, tetapi belum lagi memasuki pasaran harga premium elit seperti BMW, Mercedes-Benz atau Audi.

BACA >>> Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

Citroen DS DS 3 CROSSBACK DS Automobiles Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perancis SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.